Siakap Keli
Linkin Park Tribute Experience Tour
Gambar: X @xallehrazax

Linkin Park Tribute Band Bakal Adakan Konsert Di Malaysia September Ini

Linkin Park Tribute Band Bakal Adakan Konsert Di Malaysia September Ini

Sebuah konsert melibatkan Linkin Part Tribute Band dilapor bakal diadakan di Malaysia pada bulan September ini.

Berita tersebut menjadi tular selepas sebuah billbord berkenaan konsert berkenaan dinaikkan di Jalan Bukit Bintang pada Jumaat.

Difahamkan, konsert yang diadakan di Malaysia itu adalah sebahagian daripada konsert Linkin Park Tribute Experience Tour.

Pihak penganjur ingin memberikan penghormatan kepada bekas vokalis

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penganjur, Mediaberg di Facebook, konsert berkenaan merupaka peluang unik secara langsung untuk memberikan penghormatan terhadap mendiang vokalis Linkin Park iaitu Chester Bennington.

Namun begitu, Mediaberg tidak berkongsi secara lanjut perincian berkenaan konsert yang akan diadakan nanti. Tidak dapat dipastikan sama ada konsert berkenaan melibatkan anggota asal Linkin Park atau sebaliknya.

Dalam kapsyen hantaran Mediaberg ada disebut konsert berkenaan adalah ”untuk peminat daripada peminat”.

Bagaimanapun, pihak penganjur akan mengemaskini segala maklumat berkaitan dari semasa ke semasa selepas ini.

Seperti yang kita ketahui, Linkin Park bukanlah nama asing dalam industri muzik global.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti “In the End” dan “Numb” ini telah berjaya mencipta fenomena tersendiri sejak kemunculan mereka pada awal tahun 2000-an.

Bagi kalangan peminat muzik-muzik kumpulan ini, sudah semestinya mereka berasa sangat teruja sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai konsert tersebut.

BACA: Alan Walker Umum Konsert Walkerworld Tour Ditunda

Sumber: Mediaberg via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.