Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
konsert alan walker
Gambar: Instagram Alan Walker Music

Alan Walker Umum Konsert Walkerworld Tour Ditunda

Azizah Najib

Alan Walker Umum Konsert Walkerworld Tour Ditunda

Konsert Walkerworld Tour yang dijadualkan pada 22 Jun 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon terpaksa ditunda ke satu tarikh lain.

Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi Alan Walker Music di Instagram.

Menurutnya, konsert tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Dukacitanya saya ingin maklumkan kepada semua, kami terpaksa menunda Konsert Walkerworld di Malaysia pada Sabtu 22 Jun disebabkan keadaan yang tidak dijangka dan di luar kawalan saya dan pasukan saya, ke satu tarikh lain (pada) tahun ini.

“Saya benar-benar kesal dengan pengumuman saat akhir ini dan telah menghampakan anda, tetapi saya beri jaminan bahawa kami akan beri komitmen kepada anda yang telah membeli tiket konsert ini dan sabar menunggu ketibaan Walkerworld di Malaysia.

“Kami akan kembali pada musim luruh dan berikan anda pengalaman (menyaksikan) persembahan yang lebih hebat,” luah artis berkenaan.

Tambahnya lagi, bagi peminat yang ingin mendapatkan bayaran semula untuk tiket yang telah dibeli boleh menghubungi pihak penganjur, Megatix.

Anda boleh melakukannya di enquiries@megatix.my sebelum jam 5.00 petang, 20 Julai 2024.

BACA: Konsert Walkerworld Tour Diadakan Pada 22 Jun Depan, Turut Tampilkan Putri Ariani

Sebelum pengumuman Walkerworld ditunda, pihak penganjur merancang untuk menampilkan beberapa nama artis terkemuka antarabangsa. Antara artis yang bakal turut sama membuat persembahan ialah penyanyi yang juga peserta America’s Got Talent dari Indonesia, Putri Ariani.

Awal tahun ini, Alan Walker dan Putri Ariani bergandingan dalam sebuah muzik video bertajuk “Who I Am”. Gabungan susunan muzik dan alunan suara merdu mereka berdua ini mendapat sambutan hangat dengan 29 juta tontonan.

“Kesimpulannya, ini merupakan sebuah video penuh emosi. Melihat semula (perjalanan) kerjaya saya seperti ini, (membuatkan) saya rendah diri, menghargai dan benar-benar berterima kasih kepada kalian, komuniti Walker,” tulis Alan Walker di muzik video berkenaan.

Selain Putri Ariani, penyanyi Finland, Robin Packalen, juga Sofiloud, penghibur muzik elektronik dan tarian Norway turut tersenarai.

Sumber: Instagram Alan Walker Music