Siakap Keli
konsert walkerworld tour 22 jun

Konsert Walkerworld Tour Diadakan Pada 22 Jun Depan, Turut Tampilkan Putri Ariani

Konsert Walkerworld Tour Diadakan Pada 22 Jun Depan, Turut Tampilkan Putri Ariani

Penerbit rakaman dan pemuzik terkenal, Alan Walker akan ‘menerangi’ pentas di Surf Beach, Sunway Lagoon dalam konsert Walkerworld Tour pada 22 Jun 2024.

Dibawakan oleh Megatix, Walkerworld Tour akan menjadi malam yang mempamerkan bakat-bakat menakjubkan dan rentak muzik unik di salah satu lokasi paling ikonik di Malaysia.

DJ Norway-British itu sememangnya terkenal dengan muzik dan juga penampilan yang sentiasa memakai pelitup muka.

Dia mula dikenali di pentas antarabangsa menerusi lagu Faded pada tahun 2015 dan sejak itu menjadi salah seorang figura terkemuka dalam scene Electronic, Dance, Music (EDM).

Di samping itu, penyanyi dari Indonesia yang juga merupakan peserta America’s Got Talent, Putri Ariani, akan turut berganding bersama Alan Walker di pentas terbabit. Ini merupakan kali pertama Putri Ariani membuat persembahan dan berinteraksi dengan peminatnya di Malaysia.

Melangkaui sempadan melalui muzik, konsert itu juga akan menampilkan Robin Packalen dan Sofiloud.

Tiket untuk Walkerworld Tour Malaysia sudah mula dijual dan boleh didapatkan dengan harga RM289 untuk kategori 1 dan RM189 untuk kategori 2.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, anda boleh layari laman web megatix.my.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.