Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Dapat Pergi Konsert MCR, Bapa ‘Tebus’ Kekecewaan Dengan Namakan Anak Helena

pergi konsert mcr
Kredit: Threads @bsyar_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gara-gara terlepas peluang menghadiri konsert kumpulan rock kegemarannya, seorang bapa bertindak 'menebus' kekecewaan itu dengan menamakan anaknya sempena lagu popular My Chemical Romance (MCR).

Iklan

Menerusi satu perkongsian yang mencuit hati di Threads, seorang pengguna @bsyar_ memuat naik gambar sijil kelahiran anak perempuan yang memaparkan nama Helena.

Tak Dapat Pergi Konsert MCR, Anak Pula Jadi Mangsa Kerana Konsert Tak Kesampaian

Kredit: Threads @bsyar_

Situasi itu ternyata membuatkan ramai yang terhibur, apatah lagi melihat cara 'rare' si bapa mengubati kekecewaannya kerana terlepas peluang ke konsert MCR dengan menamakan anaknya Helena yang diambil sempena lagu ikonik kumpulan tersebut.

Bayangkan, hasrat untuk menyaksikan persembahan kumpulan kegemaran tidak kesampaian, tetapi untuk menebus situasi itu, nama lagu yang cukup ikonik itu menjadi sebahagian daripada identiti anaknya sendiri.

Namun, sama ada nama tersebut benar-benar dipilih sebagai bentuk penebusan dari kekecewaan atau sekadar kebetulan, hanya keluarga berkenaan yang mengetahui cerita sebenarnya.

“Balas dendam kat surat beranak akibat bapaknya tak dapat pergi concert MCR,” selorohnya,

Dalam pada itu, seorang pengguna lain membalas perkongsian tersebut dengan menyatakan bahawa dia turut berhasrat untuk menamakan anaknya dengan nama yang sama, tetapi dihalang oleh isterinya.

“Aku nak letak nama Helena, bini aku tak bagi, tapi part Azzahra tu sama,” ujarnya.

Ramai turut berkongsi bahawa mereka mempunyai nama anak yang sama kerana turut meminati kumpulan rock itu.

Nama Helena Diinspirasikan Oleh Lagu Popular MCR

Bagi peminat tegar My Chemical Romance, nama itu yang diinspirasikan daripada lagu Helena sememangnya antara karya yang cukup dikenali dan mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan peminat.

Lagu yang dimuatkan dalam album Three Cheers for Sweet Revenge itu merupakan antara karya popular kumpulan berkenaan yang diterajui Gerard Way.

Maka tidak peliklah apabila nama Helena pada sijil kelahiran berkenaan berjaya menghiburkan orang ramai, lebih-lebih lagi buat peminat MCR yang tahu rujukan di sebalik pemilihan nama itu.

Apa-apa pun, Helena bukanlah nama yang asing dan mempunyai sebutan yang cukup menarik.

Cuma selepas ini, setiap kali si bapa memanggil nama anaknya, mungkin lagu Helena akan terus bermain dalam fikirannya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang pengguna Threads berkongsi sijil kelahiran anak perempuan yang dinamakan Helena.
  • Nama itu dikaitkan dengan lagu popular My Chemical Romance selepas bapanya terlepas konsert.
  • Artikel menyatakan sebab sebenar pemilihan nama berkenaan hanya diketahui keluarga tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan