Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rambut dalam ekzos
Video: TikTok Kimberly DeFisher

Siap Nak Panggil Polis, Wanita Terkejut Jumpa ‘Rambut’ Dalam Ekzos Kereta

Azizah Najib

Siap Nak Panggil Polis, Wanita Terkejut Jumpa ‘Rambut’ Dalam Ekzos Kereta

Seorang wanita menemui juntaian rambut terkeluar dari ekzos keretanya. Apabila dia cuba menarik rambut tersebut, semakin banyak rambut yang keluar.

Pada awalnya, pemilik akaun TikTok, Kimberly DeFisher dihubungi oleh ibu saudaranya yang mendapati terdapat satu juntaian berupa rambut di ekzos kenderaannya.

Mereka juga mengesyaki bahawa ia merupakan bahagian seekor haiwan.

Apabila melihat kepada panjang dan jumlah rambut yang banyak itu, wanita berkenaan menyangka ia milik seorang manusia.

Bersama-sama mereka, dua anak lelaki ibu saudaranya turut menyaksikan kejadian berkenaan.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Disangka rambut, rupanya bulu kaca gentian dalam ‘muffler’ ekzos

Namun, segala-galanya terjawab apabila salah seorang anak lelaki itu menyebut tentang ‘muffler’ atau peredam bunyi yang berada di bahagian belakang ekzos kenderaan.

Pada mulanya, ibu saudaranya mempersoalkan kata-kata anak lelakinya. Walau bagaimanapun, jawapan dan penerangan ringkas dari anaknya berkenaan peredam bunyi tersebut membuatkan mereka tertawa.

“Mak yakin mak bukan tarik keluar peredam bunyi?

“Kalau hidupkan kereta, ia akan berbunyi dengan kuat,” kata anaknya sebelum cuba untuk hidupkan kereta.

Kimberly dan ibu saudaranya sedar akan kesilapan mereka apabila mendengar bunyi ekzos kenderaan tersebut yang menjadi kuat dari kebiasaan.

Di hujung video, Kimberly telah menunjukkan cariannya berkenaan ‘muffler hair’ dan terbukti, kejadian yang sama telah banyak kali berlaku kepada orang lain.

Video dengan 9.4 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

muffler
Sumber: TikTok Kimberly DeFisher

Berdasarkan carian SK, peredam bunyi ini merupakan bahagian hampir penghujung ekzos sesebuah kenderaan. Bulu kaca gentian atau ‘fibre glass wool’ diletakkan di dalam bahagian ini untuk mengawal bunyi bising yang dihasilkan kenderaan apabila enjin dihidupkan.

Sumber: TikTok Kimberly DeFisher, YouTube Shah Kaizen, International Journal of Mechanical and Insutry Technology

BACA: Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar

BACA: Pelakon Pirates Of The Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung