Siakap Keli
Kredit: Erik Martimiano da Silva/ AFP

Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Baru-baru ini, tular mengenai stesen minyak PETRONAS telah dibuka di Brazil. Stesen yang mula beroperasi pada minggu lalu ini merupakan stesen pertama jenama petroleum Malaysia dibuka di luar negara dengan kerjasama syarikat Argenta Group, pengedar bahan api di sana.

Untuk pengetahuan anda, stesen minyak ini tidak menawarkan produk petroleum yang sama seperti di Malaysia.

Salah satu bahan api yang menarik perhatian netizen ialah penjualan produk PETRONAS Etanol Comum dan PETRONAS PRIMAX Etanol yang harganya jauh lebih murah berbanding bahan api lain.

harga etanol di brazil
Harga etanol di pasaran Brazil. Gambar: Erik Martimiano da Silva

Etanol merupakan salah satu bentuk alkohol yang selamat digunakan. Bahan ini sering dijumpai di dalam minuman, pewangi dan juga pencuci. Menurut Kamus Dewan, etanol merupakan sebatian alkohol dengan formula C2H5OH. Cecair ini mudah meruap, mudah terbakar, tidak berwarna dan boleh larut jika dicampur di dalam air, kloroform, aseton dan eter.

Etanol amat mudah diperoleh dari tumbuhan seperti jagung, betari dan juga tebu. Dalam industri penghasilan etanol, Amerika Syarikat merupakan negera pengeluar terbanyak di dunia dengan jumlah 15.6 juta gelen diikuti Brazil, 7.40 juta gelen pada 2022.

pengeluaran etanol sedunia
Carta pengeluaran etanol sedunia pada tahun 2022. Sumber: Renewable Fuels Association

Namun, tahukah anda? Kedua-dua negara ini menggunakan dua sumber mentah berbeza bagi mendapatkan etanol.

Amerika Syarikat menghasilkan etanol dari tanaman jagung manakala Brazil pula menggunakan tebu. Walaupun sumbernya berbeza, namun kedua-dua negara ini berjaya menghasilkan bahan api yang lebih murah untuk kegunaan rakyat mereka. Menurut Renewable Fules Association (RFA), penggunaan etanol juga terbukti dapat menurunkan penghasilan karbon hampir 50 peratus

 

Penghasilan Etanol di Brazil

Pada 1975, Brazil mula melancarkan Program Etanol Kebangsaan (Programa Nacional do ÁlcoolPróalcool), iaitu program yang menyasarkan Brazil sebagai negara pengeluar, pengguna dan pengeksport pertama etanol dari tebu.

Program ini terhasil apabila berlaku ketidakjaminan tenaga di Brazil dan ketika itulah negara tersebut mula memacu ke arah pembangunan industri bahan api biologi, dalam konteks ini, bioetanol.

BACA: Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil

Bercakap tentang gula tebu, Brazil merupakan pengeluar terbesar dengan pengeksportan sebanyak 30 juta tan gula setahun. Malah, Brazil turut dikenali sebagai pengeluar dan pengguna etanol terkenal di dunia.

Jadi, melalui program Próalcool, Brazil menggunakan kelebihannya dalam industri pengeluaran etanol. Mereka akhirnya berjaya menghasilkan bahan api dengan cara mencampurkan etanol dan gasolin sebagai sumber tenaga alternatif selain minyak.

Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan pengimportan petrol, malah memberi pelbagai kebaikan kepada negara seperti mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan.

Sumber: LinkedIn Erik Martimiano da Silva, GOV UK, Energy Observer

BACA: Ngam Makan Dengan Sambal Merah, Ini Resipi Bihun Sup Daging Padu

BACA: Harimau Malaya Lonjak Tiga Anak Tangga, Kini Ranking Ke-135 Dunia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti