Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Stesen PETRONAS brazil
Gambar: Erik Martimiano da SilvaErik Martimiano da Silva/Linkedin

Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil

Iqbal Yasir

Stesen PETRONAS Pertama Dibuka Di Brazil

RIO DE JANEIRO — Sebuah stesen minyak PETRONAS pertama telah dibuka di Sau Paulo, Brazil tiga hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Projek Perkongsian PETRONAS yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.

“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini untuk sektor bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara ini.

“Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax,” katanya dalam hantaran di Linkedin.

BACA: PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Pada 2024

Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya PETRONAS ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.

“Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!

“Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama PETRONAS di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.

“Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini,” katanya.

Pada tahun 2022, PETRONAS Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat PETRONAS telah mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia pra-garam.

Difahamkan, lokasi itu terletak di Lembangan Santos, kira-kira 250 km dari pantai Rio de Janerio, pada kedalaman air kira-kira 2,000 meter. Ia merupakan lajur minyak bersih, antara yang paling tebal pernah direkodkan di Brazil.

“Penemuan itu dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, yang meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100%) dan Kontrak Perkongsian Lebihan Pengeluaran Sepia ToR yang diberikan kepada Petrobras (30%), TotalEnergies (28% ), QatarEnergy (21%) dan PBBL (21%), dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.

“PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan Sépia ToR semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro pada 2021,” kata PETRONAS dalam kenyataan itu.

Sumber: Murilo Dancieri Silveira, Erik Martimiano da Silva

BACA JUGA: Ini 50 Senarai Stesen Minyak PETRONAS & 5 Bazar Ramadan Yang Terima Kitar Semula Minyak Masak Terpakai