Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Laptop HP Bantuan Sejahtera Madani Jadi Perhatian, Ramai Terkejut Lihat Spesifikasinya

laptop
Kredit: Threads rozzmohamed
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pemberian komputer riba menerusi inisiatif bantuan peranti pendidikan Sejahtera Madani menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi mengenai spesifikasi laptop yang diterima penerima bantuan berkenaan.

Iklan

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna Threads, @srikandi_reformist menyifatkan bantuan kerajaan itu bukan sekadar diberikan ala kadar, sebaliknya menggunakan peranti yang dianggap berkualiti dan mampu dimanfaatkan dalam tempoh pengajian.

Kredit: Threads rozzmohamed

Menurutnya, penerima bantuan berkenaan memperoleh komputer riba jenama HP yang disifatkan sesuai digunakan sehingga tamat pengajian.

“Bantuan kerajaan Madani kepada rakyat bukan diberikan ala kadar. Kalau sudah mahu beri bantuan, berikanlah sesuatu yang betul betul berkualiti.

“Seperti bantuan peranti pendidikan menerusi inisiatif Sejahtera Madani, penerima mendapat laptop HP, saya ulangi, HP. Sekurang kurangnya peranti itu tahan dan boleh digunakan sehingga tamat pengajian,” kongsi pengguna tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut memberikan pandangan mengenai spesifikasi komputer riba berkenaan.

Kredit: Threads rozzmohamed

Antaranya, @immmcrystal berseloroh bahawa spesifikasi laptop tersebut setanding dengan komputer riba yang digunakan di pejabatnya.

“Spesifikasi laptop ini sama seperti laptop yang saya gunakan di pejabat,” katanya.

Sementara itu, @hanaasyraf.bankloanconsultant turut meluahkan rasa syukur dan berharap bantuan berkenaan dapat memberikan manfaat kepada penerima dalam melanjutkan pelajaran.

“Alhamdulillah. Demi masa depan yang lebih baik melalui pendidikan,” tulisnya.

Menariknya, @awannano21 berkongsi bahawa suaminya yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) turut terkejut melihat spesifikasi komputer riba yang diterima pelajar.

“Suami saya yang bekerja dalam bidang IT pun terkejut melihat spesifikasi laptop yang diberikan kepada pihak sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, @wandimohdnoor turut berkongsi pengalaman melihat pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasannya.

“Kawasan saya ini, sekejap dapat laptop, sekejap dapat motosikal dan ada juga yang menerima barangan untuk berniaga. Memang betul betul diberikan kepada rakyat,” kongsinya.

Seorang lagi pengguna, @rozzmohamed pula memaklumkan anaknya turut menerima komputer riba jenama Acer menerusi bantuan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, harga komputer riba dengan spesifikasi tersebut boleh mencecah hampir RM4,000 termasuk perisian Microsoft Office dan Windows sekiranya dibeli sendiri.

Malah, anaknya turut menerima wang tunai sebanyak RM1,000 bagi membantu menyediakan keperluan awal pengajian.

“Anak saya dapat jenama Acer. Syukur alhamdulillah. Saya semak harga untuk spesifikasi ini, hampir RM4,000 termasuk Office dan Windows jika dibeli sendiri. Dapat juga wang tunai RM1,000 untuk persediaan awal pengajian,” kongsinya.

Tidak kurang juga, @nrlhnans_ membandingkan spesifikasi komputer riba bantuan tersebut dengan peranti yang diberikan bapanya sendiri.

“Spesifikasi laptop Madani sama tahap dengan laptop yang ayah saya berikan. Ayah saya memang sayangkan saya, tetapi Perdana Menteri tidak mengenali kita pun, tetap memberikan yang terbaik,” ceritanya.

Perkongsian tersebut mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna Threads yang berkongsi pengalaman serta pandangan masing masing mengenai bantuan peranti pendidikan berkenaan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Perkongsian pengguna Threads mengenai laptop HP bantuan Sejahtera Madani menarik perhatian ramai.
  • Beberapa pengguna menyifatkan spesifikasi komputer riba itu berkualiti dan sesuai untuk pengajian.
  • Seorang pengguna berkata anaknya menerima laptop Acer serta wang tunai RM1,000.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan