Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPT Sasar 70 Peratus Mahasiswa Dapat Penginapan Menjelang 2035

KPT
Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kemudahan penginapan yang selesa, selamat dan kondusif merupakan antara aspek penting dalam memastikan kesejahteraan mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka.

Ketika menjawab pertanyaan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] di Dewan Rakyat, beliau menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memberikan perhatian serius terhadap keperluan kolej kediaman di Universiti Awam, khususnya bagi membantu mahasiswa daripada keluarga B40.

Menurutnya, menerusi Dasar Kemudahan Kolej Kediaman di IPTA, kerajaan menyasarkan sekurang kurangnya 70 peratus mahasiswa prasiswazah sepenuh masa mendapat kemudahan penginapan menjelang 2035.

Bagi tempoh 2021 hingga 2025, kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion untuk menaik taraf dan memulihkan infrastruktur IPTA, termasuk hampir RM225 juta khusus bagi kerja menaik taraf serta membaik pulih asrama sedia ada.

Sebanyak 15 projek kolej kediaman menerusi kerjasama awam swasta (PPP) juga telah disiapkan dengan kapasiti 45,000 pelajar.

Dalam pada itu, lima lagi kolej kediaman baharu dirancang untuk dibangunkan dengan kapasiti menampung sehingga 21,000 mahasiswa.

Selain itu, kerjasama strategik dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut diperkukuh menerusi pembangunan Residensi Mahasiswa Universiti Malaya serta Projek Vista Kampus dengan komitmen pelaburan RM750 juta oleh KWAP.

Zambry berkata, usaha berkenaan bertujuan memastikan mahasiswa mendapat persekitaran kehidupan yang baik supaya mereka dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada pembelajaran dan pembangunan diri.

Menurutnya, kebajikan mahasiswa akan terus menjadi keutamaan KPT kerana pendidikan tinggi bukan sekadar menyediakan ruang menuntut ilmu, malah turut memastikan kesejahteraan mereka sepanjang berada di kampus.

Intipati
  • KPT menyasarkan 70 peratus mahasiswa prasiswazah sepenuh masa mendapat penginapan menjelang 2035.
  • Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion menaik taraf infrastruktur IPTA bagi tempoh 2021 hingga 2025.
  • Lima kolej kediaman baharu dirancang dengan kapasiti menampung sehingga 21,000 mahasiswa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan