Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Kuat ‘Drama’, Mesej Dengan Anak Perempuan Cuit Hati Ramai

Bapa Kuat ‘Drama’
Kredit: @yinnnns.

Kata orang, cinta pertama anak perempuan itu adalah ayahnya. Walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri, ayah tetap menjadi sandaran dan 'tempat pulang' yang paling selamat buat anak-anak.

Setiap ayah mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang.

Ada yang mungkin kelihatan garang dan sering membebel kepada anak-anak, namun dalam masa yang sama tetap menjadi pelindung dan sanggup melakukan apa sahaja demi mereka.

Tidak kurang juga, ada ayah yang tidak segan untuk meluahkan rasa sayang dan rindu terhadap anak-anak secara terbuka.

Bapa kuat ‘drama’

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, @yinnnns._, yang memaparkan tangkap layar perbualan dengan bapanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ramai yang tersentuh melihat cara bapanya meluahkan rasa rindu dan kasih sayang terhadap anak perempuan, malah sempat berseloroh seolah-olah merajuk apabila rindunya tidak dibalas seperti yang diharapkan.

Menerusi perbualan tersebut, bapanya dilihat beberapa kali menyatakan rasa rindu, malah turut bertanya sama ada anak perempuannya itu merinduinya.

“Mana anak perempuan abah yang cantik ni?” tulis bapanya.

“Abah rindu ni,” tambahnya.

Lebih mencuit hati, bapanya turut berseloroh seolah-olah merajuk apabila bertanya sama ada anak perempuannya itu tidak merinduinya.

“Macam tu je. Anak abah tak rindukan abah ke?”

“Hati abah terluka sangat,” tulisnya berserta emoji patah hati.

Perkongsian itu turut membuatkan ramai teringat dan merindui bapa masing-masing, terutama mereka yang telah kehilangan insan tersayang itu buat selama-lamanya.

“Arwah ayah saya pun macam ni, oh anakku oh anakku kalau dia WhatsApp,” kata seorang netizen.

“Mula-mula gelak sebab comel lama-lama aku nangis memikirkan macam mana la chat aku dengan ayah aku kalau dia masih hidup,” kata seorang lagi.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads @yinnnns._ berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan bapanya.
  • Bapanya beberapa kali meluahkan rindu dan bertanya sama ada anaknya merinduinya.
  • Perkongsian itu membuatkan ramai warganet teringat dan merindui bapa masing-masing.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan