Siakap Keli
larry perdana menteri uk
Kredit: AFP

Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

Baru-baru ini, dunia menyaksikan pilihan raya parlimen United Kingdom (UK) yang berlangsung pada 4 Julai lalu.

Parti Buruh UK telah memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 363. Sebagai ketua Parti Buruh, Keir Starmer telah dilantik menjadi Perdana Menteri baharu UK.

Selain daripada pemindahan penghuni baharu ke kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK itu, penghuni sedia ada turut mendapat perhatian ramai.

Lensa kamera turut merakam kewujudan seekor kucing yang telah ‘diupah untuk bekerja’ di samping Perdana Menteri sebagai penjaga keamaan kediaman tersebut.

Larry, seekor kucing berbulu putih dengan tompokan kelabu itu pertama kali muncul di Downing Street pada 15 Februari 2011 selepas dibawa dari tempat perlindungan haiwan Battersea Dogs and Cats Home.

Bekas Perdana Menteri UK, David Cameron, memutuskan untuk ‘mengupah’ Larry bagi menangani masalah tikus di situ.

kucing enam perdana menteri
Kredit: AFP

Kehadiran Larry menyentuh hati wartawan dengan keramahannya terhadap pihak media, dengan Cameron sendiri pernah berseloroh menepis khabar angin yang dia dan Larry tidak sehaluan.

Biarpun kehadiran Larry disenangi ramai, wartawan politik BBC, Helen Catt pernah menyuarakan ‘satu keburukan’ kucing tersebut.

BACA: Gelagat Ibu Gajah Curi Tumpuan, Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang Diselamatkan PERHILITAN

“Dia (Larry) cenderung untuk datang dan (buat) tinjauan apabila anda di sana bersama krew kamera, dia suka lihat apa yang media sedang lakukan.

“Ketika anda berada di Downing Street dan sedang menjalankan tugas, anda sentiasa dapat merasakan jika dia muncul di belakang, pasti orang ramai tidak lagi mendengar apa yang anda cuba sampaikan,” luahnya.

Larry kekalkan jawatan, bertugas sebagai kucing kepada enam Perdana Menteri UK

Lebih sedekad bekerja di Downing Street, perubahan pemimpin negara tidak menggugah kedudukan Larry sebagai “Chief Mouser“.

kucing enam perdana menteri
Kredit: AFP

Selepas Cameron turun dari tampuk kepimpinan, Larry dilihat masih kekal menjalankan tugasnya di samping Theresa May, Boris Johnson, Elizabeth Truss, Rishi Sunak dan terbaru, Keir Starmer.

Sepanjang tempoh kucing ini bertugas, ia sering menyerang burung merpati dan musang yang muncul berhampiran kediaman tersebut. Larry juga sering dilihat memulakan pergaduhan dengan kucing milik Menteri Luar Negeri, Commonwealth dan Pembangunan UK, Palmerston (kini telah ‘bersara’).

Biarpun kini berusia 16 tahun, Larry masih aktif dan agresif dalam melindungi kawasannya.

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Jangan terkejut, Larry turut mempunyai media sosial tersendiri dengan menggunakan nama @Number10cat di X.

Sebelum ini, Larry pernah berseloroh di media sosial sepanjang proses pilihanraya umum dan pelantikan Perdana Menteri baru UK.

“Rishi Sunak telah menghantar (notis) peletakan jawatannya kepada Raja tetapi Keir Starmer belum lagi dilantik sebagai Perdana Menteri, jadi siapa yang berkuasa? Saya.”

kucing enam perdana menteri
Kredit: X Larry The Cat

Menerusi media sosial tersebut juga, Larry mengalu-alukan kedatangan JoJo, kucing peliharaan keluarga Starmer. Kenyataan ‘rasmi’ ini dikeluarkan apabila media tertanya-tanya sama ada Larry dapat menerima ahli baharu atau tidak.

“Saya mengalu-alukan kedatangan JoJo, kucing milik keluarga Starmer, ke kumpulan saya (cat-inet),” ucapnya di laman X.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, badan kerajaan di UK dilihat agak obses dengan kucing yang dipelihara secara “rasmi”.

@eveningstandard

♬ Royal-Tea – 60 – gregsimsmusic

Sumber: AFP, X Larry The Cat

BACA: Wanita AS Raih Perhatian, Perkenalkan Diri Sebagai Malaysia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.