Setiap kali persidangan Dewan Rakyat berlangsung, pelbagai isu akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen, malah ada antara perbahasan yang turut mencuri perhatian orang ramai.
Guna bahasa Jawa
Terbaharu, Ahli Parlimen Sabak Bernam daripada Perikatan Nasional (PN), Kalam Salan, turut membangkitkan isu kebakaran hutan dan jerebu yang melanda rantau ini.
Dalam perbahasan tersebut, beliau sempat menitipkan pesanan kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah apabila Kalam menyampaikan pesanan tersebut dalam bahasa Jawa.
“Mungkin pihak kepimpinan belah sana kebanyakan orang Jawa tak faham cakap bahasa Melayu, biarlah saya dengan izin Parlimen dewan yang mulia ini bercakap di dalam bahasa Jawa.
Berikut maksud pesanannya yang telah disebut terlebih dahulu dalam bahasa Melayu.
Tolonglah masalah jerebu yang datang setiap tahun ini diselesaikan dengan serius, asap tebal dari kebakaran hutan Indonesia sampai ke Malaysia.
Rakyat jadi susah nak bernafas, tekak gatal, batuk dan penyakit asma semakin menganggu kesihatan.
Sekolah terpaksa tutup, pelancongan terjejas dan kerja ladang tidak boleh dijalankan kerana asap tebal.
Begitu juga dengan nelayan-nelayan kecil, tak berani pergi ke laut kerana tak nampak tebing. Jarak penglihatan antara sampan terlampau dekat.
Orang Indonesia yang bekerja di ladang Malaysia pun terkena kesannya, bila tak boleh bekerja mereka tak dapat gaji dan dapat kirim duit ke keluarga mereka di kampung Indonesia.
Janganlah masalah ini dibuat bahan lawak, kononnya hutan Indonesia selama ni bagi oksigen kepada Malaysia, apakah hutan di Malaysia pokok plastik sampai tak boleh keluarkan oksigen?
Pak Prabowo yang dihormati, tolonglah ambil tindakan segera, padamkan api, hentikan kebakaran dan pastikan masalah ini tidak berulang setiap tahun.
Kita nak langit yang cerah dan bersih serta dapat hidup sihat dengan aman.
“Harap-harap mereka faham la,” ujarnya selepas selesai memberi pesanan dalam bahasa Jawa.
Pesanan itu semestinya mendapat perhatian warganet Indonesia dan berharap agar Prabowo mendengarnya.
“Mungkin Malaysia dah capek menjerit dan berdiskusi bahkan setelah kemaren bantuan Malaysia diterima beberapa hari kemudian langsung ditangguhkan.
“Jangankan orang Indonesia yang kerja di kebun Malaysia, yang jelas-jelas susah di sini aja entah dipikiran apa enggak”
“Loghat jawa itu susah loh, kok bisa fasih banget bapak ini”
