Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
amanahraya reit
Tiada Kategori

AmanahRaya REIT Mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA Sebagai Penyewa Jangka Panjang

Nurul Naqiyah

AmanahRaya REIT Mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA Sebagai Penyewa Jangka Panjang

Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) hari ini mengumumkan bahawa Pemegang Amanahnya, Pacific Trustees Berhad, telah menandatangani perjanjian penyewaan jangka panjang dengan ALFA International College Sdn Bhd (“ALFA”) untuk hartanahnya di Subang Jaya, Selangor.

Perjanjian dengan ALFA bertepatan dengan tamatnya perjanjian penyewaan dengan Kolej Segi pada 28 Februari 2024.

Ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi AmanarahRaya REIT dalam usahasama dengan institusi terkenal dengan program seni cemerlang yang berada di antara institusi pendidikan pilihan di Malaysia.

Perjanjian penyewaan dengan ALFA merangkumi tempoh sewaan selama 18 tahun pada pengaturan sewaan bersih dan dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Hartanah ini terletak di kawasan perniagaan komersial Subang Jaya di USJ1, kira-kira 15 kilometer barat daya pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai bangunan 12 tingkat yang dibina khas untuk tujuan pendidikan dan adalah pegangan bebas.

amanahraya reit

Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Sdn Bhd yang merupakan Pengurus kepada AmanahRaya REIT, Yang Mulia Tunku Rozita, berkata, ‘kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ALFA sebagai penyewa jangka panjang baharu kami.

Reputasi mereka sebagai institusi pendidikan yang berkualiti adalah sejajar dengan visi kami. Kami yakin ia akan menyumbang dengan ketara kepada kejayaan hartanah ini serta meningkatkan pendapatan harta bersih AmanahRaya REIT.

Hartanah itu dijangka menjana aliran pendapatan yang konsisten dengan pengembalian sewa positif setiap 3 tahun, yang akan memberi manfaat kepada Pemegang Unit.

amanahraya reit
Dari kiri ke kanan: Hawa Darlida Bt Abd Azis, Manager, Group Legal & Compliance of Pacific Trustees Berhad, George Cheah Ken-Lee, Director of Pacific Trustees Berhad, YM Tunku Rozita Tunku Abdul Malek, Managing Director of AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd, Dr Shaharuddin bin Mohd Satha, Chairman of ALFA International College Sdn Bhd, Fairuz bin Kamarulzaman, Managing Director of ALFA International College Sdn Bhd

Tunku Rozita menambah, ‘kami ingin terus mengekalkan aset tersebut sebagai asas pendidikan dan sumbangan kepada elemen sosial serta pada masa yang sama melaksanakan strategi pengagihan semula aset untuk meningkatkan Agihan Seunit (DPU) dan harga saham kami, masing-masing.’

Sehingga kini, AmanahRaya REIT menyelia portfolio merangkumi 11 hartanah di seluruh negara, meliputi sektor pendidikan, pejabat, perindustrian, peruncitan, hospitaliti dan kesihatan.