Siakap Keli
syurga pelancong warga china
Gambar: China Matters

Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Musim panas yang melanda China telah mendorong peningkatan ketara dalam aktiviti pelancongan warganya, menurut laporan terkini daripada China Matters.

Dengan itu, Malaysia menduduki tempat pertama, muncul sebagai destinasi pilihan pelancong dari China, menurut senarai yang dikongsikan.

Kredit: China Matters via Facebook

Data yang dikumpulkan melalui platform pelancongan dalam talian, Qunar, tempahan penerbangan untuk perjalanan keluar musim panas ini telah melonjak sebanyak 1.6 kali ganda berbanding tahun lepas, dengan harga tiket turun kira-kira 20 peratus tahun ke tahun, lapor China Matters.

Menurut laporan tersebut juga, Jepun menduduki tempat kedua sebagai destinasi pilihan pelancong China selepas Malaysia, diikuti dengan Thailand (ke-3) dan Amerika Syarikat (ke-4).

Korea Selatan, yang dikenali dengan daya tariknya sebagai negara romantis di Asia, berada di tempat kelima, manakala Singapura menduduki tempat keenam.

Selain itu, Australia dan United Kingdom masing-masing menempati tempat ketujuh dan kelapan, dengan Indonesia dan Kanada mengakhiri senarai sebagai pilihan kesembilan dan ke-10.

Kedatangan pelancong China bakal rancakkan ekonomi Malaysia

Terdahulu, kajian oleh Hong Leong Investment Bank Research menunjukkan bahawa pelancong China menghabiskan purata antara RM661 hingga RM768 ringgit sehari di Malaysia antara tahun 2017 hingga 2019.

Bagaimanapun, Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Mint Leong, dalam satu temu bual awal tahun ini berkata, beliau menjangka ketibaan warga China mencapai antara 3.5 hingga 4.5 juta bagi tahun 2024.

Pelancong China juga dijangka bakal menghabiskan secara purata antara RM5,000 hingga RM6,000 semasa percutian di Malaysia, lapor Al Jazeera.

BACA: Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Ramah Di Asia

BACA: Malaysia Diiktiraf Negara Paling Disayangi Di Asia

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Sumber: China Matters, Al-Jazeera

Azizah Najib

Menulis tanpa henti