Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Dua Pelajar Malaysia
Kredit: MARA USA via Facebook
Tiada Kategori

Luar Biasa, Dua Pelajar Malaysia Raih “Double Master” Dari Universiti Ohio, Amerika

Athirah

Luar Biasa, Dua Pelajar Malaysia Raih “Double Master” Dari Universiti Ohio, Amerika

Setiap orang di atas muka bumi ini pasti mempunyai impian dan cita-cita yang mahu dicapai, lebih-lebih lagi jika mampu menaikkan taraf hidup kita.

Peluang menyambung pelajaran di luar negara pastinya menjadi impian semua pelajar di Malaysia. Ada yang berimpikan ke Eropah dan ada juga yang menyimpan hasrat menyambung pelajaran ke Timur Tengah atau ke Mesir.

Seperti yang kita ketahui, antara salah satu cara bagi mendapatkan dana yang mencukupi sewaktu belajar di luar negara adalah dengan mendapatkan biasiswa yang ada ditawarkan.

Antara biasiswa yang terkenal membantu pelajar-pelajar tempatan melanjutkan pelajaran adalah biasiswa yang ditawarkan oleh MARA.

MARA USA bangga dengan pencapaian dua pelajar dari Malaysia

Baru-baru ini, dua pelajar Malaysia yang menjadi penerima biasiswa MARA berjaya meraih double master ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Ohio, Amerika Syarikat.

Berita gembira berkenaan dimaklumkan sendiri oleh MARA USA melalui satu hantaran di Facebook rasminya.

Menuru MARA USA, pelajar tersebut adalah Muhammad Zakwan Rusydi bin Suhaimi dan Nur Syamila Binti Abd Latif.

Kedua-dua pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang Dual Program Master of Business Administration (MBA) dan Master Sports Administration dari universiti berkenaan.

Sepanjang tempoh pembelajaran mereka di Amerika Syarikat, banyak pendedahan dan pengalaman yang telah mereka perolehi kerana program ini menekankan experiential learning kepada pelajar.

Misalnya, pada tahun pertama pengajian MBA, mereka perlu melakukan konsultasi dengan sebuah organisasi yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda.

Malah, mereka juga perlu membentangkan hasil kerja mereka di sana sebagai projek tahun akhir sebelum menamatkan program MBA.

Bergiat lebih aktif dalam industri sukan di Amerika Syarikat

Menurut hantaran itu lagi, tajuk pembentangan yang dipilih oleh Zakwan ialah Strategic Use of Blockhain. Manakala Nur Syamika pula memilih tajuk Building a Sustainable Solopreneur VC Business Model.

Untuk tahun kedua pula, mereka berpeluang meneruskan pengajian mereka dan Master Sports Administration dengan penglibatan aktif dalam industri sukan di Amerika Syarikat.

Zakwan juga berpeluang untuk melaksanakan projek akhir dengan salah satu pasukan terkemuka dari National Football League (NFL) iaitu New York Jets.

Manakala Nur Syamila pula berpeluang melaksanakan projek akhir bersama Women National Basketball Association (WNBA).

Penglibatan berkenaan memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua pelajar untuk disumbangkan kepada negara kelak.

BACA: Tak Kompromi, Jepun Singkir Atlet Prospek Pingat Olimpik Gara-gara Kantoi Merokok

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02REP2Acr54J5qNkyNWZ7r4WKArmxfSEB3tNEqAa3NpGov3bmJN7KNG15X3jeda2khl&id=100083428896615

Sumber: MARA USA via Facebook