Siakap Keli
mohd rifdean raih kemenangan
Kredit: Mohd Rifdean Masdor via Instagram

Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO

Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO

BANGKOK, 20 Julai (Bernama) — Atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum menerusi Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 71, semalam.

Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak yang mewakili pasukan Sor Sommai berpangkalan di Bangkok, Thailand berkata beliau sangat gembira kerana keluarga dan kawan-kawan dari Malaysia turut hadir memberikan sokongan di gelanggang pertandingan.

“Saya sangat gembira kerana tidak rasa sebarang tekanan dan hanya melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu. Dengan izin Tuhan, saya meraih kemenangan kedua.

BACA: Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

“Ini adalah impian saya untuk mendapatkan kontrak berprestij ONE Championship bernilai US$100,000 dan tali pinggang yang diidamkan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Rifdean membawa pulang bonus sebanyak 350,000 (RM58,055) turut mengucapkan penghargaan buat jurulatihnya Bernard Radin, Kerajaan Negeri Perak dan Persatuan Muay Thai yang membantu dalam perkembangan sukannya.

“Saya berlatih bersungguh-sungguh dan mengekalkan disiplin untuk layak mendapat kontrak ONE. Saya terus bersedia untuk pertarungan seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, Mohd Rifdean mencatat kemenangan TKO menundukkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

BACA: Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang – KPN

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.