Nampak Sama, Ramai Ingat Ini Buah Manggis Tetapi Sebenarnya Bukan
Malaysia yang digelar sebagai Syurga Makanan sebenarnya turut kaya dengan pelbagai buah-buahan tempatan.
Selain durian dan rambutan, buah manggis adalah antara buah-buahan tempatan yang sering dicari apabila tiba musimnya berbuah.
Sebut sahaja tentang buah ini, pasti terbayang isi berwarna putih, lembut, manis dan berjus disebalik kulit berwarna unggu pekat.
Namun begitu, ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat satu lagi buah yang sangat mirip dengan buah manggis tempatan, tetapi sebenarnya memiliki nama yang berbeza.
Malah, ramai juga yang langsung tidak dapat membezakan kedua-dua buah ini dan menganggap ia adalah buah manggis yang sama sehinggalah diberitahu sebaliknya.
Buah berkenaan adalah buah mesta. Walaupun berasal dari keluarga yang sama, Garcinia mangostana, namun kedua-dua buah ini ada perbezaan yang tersendiri.
Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @syahirnordin_, pemuda ini menjelaskan perbezaan buah manggis dan buah mesta kepada orang ramai.
Antara perbezaannya adalah dari segi saiz pokok dan ciri-ciri unik lain yang ada pada kedua-dua buah.
Menurut @syahirnordin_, pokok mesta lazimnya lebih kecil dan tumbuh rendah. Berbeza dengan buah manggis, pokok biasanya lebih tinggi dan tidak rendang.
Manakala daun pokok mesta lebih lebat dan selain memiliki dahan-dahan yang bercabang berbanding pokok manggis.
“Buah manggis berbentuk bulat dan leper, manakala buah mesta berbentuk lonjong sedikit tetapi bentuk lebih kurang sama sahaja,” ujarnya.
Jika dilihat pada isinya, buah mesta mempunyai susunan ulas yang hampir sama seperti buah manggis, namun mempunyai warna yang agak berlainan.
Tambah @syahirnordin_ lagi, isi buah manggis kelihatan berwarna putih kekuningan, manakala isi buah meta berwarna putih sahaja.
Video berkenaan memberi manfaat kepada orang ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh @syahirnordin_.
@syahirnordin_ Kalau ni bukan buah manggis, jadi ni buah apa? Sapa tahu cuba comment.. #buah #kampung
@syahirnordin_ Reply to @_.blqss._ beza tak banyak. Tapi mesta lagi padu.. pokok tak tinggi. #fyp #buah #manggis #vlog #kampungku
BACA: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Bermula
Dalam pada itu, menerusi perkongsian Pejabat Pertanian Daerah Temerloh, buah mesta sebenarnya berasal daripada daerah Temerloh di Pahang.
Malah, buah mesta telah pun lama didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan (National Listing) pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian dengan No. Daftar GA2.
Sumber: @syahirnordin_ via TikTok