Siakap Keli
Mayat Wanita Tembakan
Gambar: BERNAMA

Mayat Wanita Dengan Kesan Tembakan Ditemukan Di Durian Burung 

Mayat Wanita Dengan Kesan Tembakan Ditemukan Di Durian Burung 

ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) — Mayat seorang wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata mayat wanita yang dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan oleh orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

“Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 7 malam. Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Dipercayai Dibunuh, Mayat Nur Farah Kartini Ditemui Di Kuala Kubu Baharu

BACA: Penjawat Awam Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah

BACA: Pencarian Bukti Kes Nur Farah Diteruskan Di Kebun Ubi

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: