Siakap Keli
program santuni madani
Sumber : BERNAMA

Peluncuran Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung Kementerian Belia Dan Sukan

Peluncuran Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung Kementerian Belia Dan Sukan

1. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan  Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu  Kampung Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Kampung  Orang Asli Buloh Telor, Kuala Kubu Bharu hari ini.

2. Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung ini  merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh YAB Perdana  Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan  masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.

3. YB Menteri Belia dan Sukan telah memilih Kampung Orang Asli Buloh  Telor sebagai Kampung Angkat sepanjang beliau menyandang  jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Menerusi program ini,  keperluan dan isu sosio-ekonomi penduduk di kampung yang dipilih akan  dikenalpasti dan mencadangkan kaedah penyelesaian di dalam aspek-aspek pendidikan, kemiskinan, kesihatan, infrastruktur dan sebagainya  berlandaskan enam (6) rukun Malaysia MADANI iaitu Kemampanan,  Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

4. Justeru, Program Santuni MADANI KBS ini akan memastikan setiap objektif yang dirancang dilaksanakan. Antara inisiatif yang akan  dilaksanakan bagi tahun ini adalah baik pulih gelanggang pelbagai guna  untuk sukan Sepak Takraw dan Badminton dengan anggaran peruntukan  sebanyak RM50,000 hingga RM100,000. Manakala bagi tahun 2025, KBS merancang untuk membaik pulih padang bola sepak dengan  anggaran peruntukan sebanyak RM300,000 hingga RM400,000.

5. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Orang Asli berkaitan kepentingan bersukan dan gaya hidup sihat. Selain itu, kewujudan budaya sukan di kalangan penduduk  kampung ini dapat membantu dalam mencungkil bakat, minat dan  potensi terutamanya di kalangan golongan belia dalam bidang sukan.

6. Program Santuni MADANI KBS ini melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, JBS Negeri Selangor serta mendapat  sokongan erat dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

7. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hjh Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), YB Papparaidu  a/l Veraman, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan  Selangor dan YB Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan, dan  Keusahawanan Selangor.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.