Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 23 Julai 2024 – Siapa kata Sains tak seronok dipelajari? Persembahan Pasukan Skyhigh dari SMK Dato’ Penggawa Timur, Johor yang berkisah tentang misteri bungkusan mi plastik yang dibuang ke dalam longkang serta memaparkan beberapa tuduhan dan pembelaan telah menawan pari juri dan seterusnya menjuarai pertandingan tersebut dengan mengalahkan pasukan dari negara-negara lain di Beijing, China.
Dengan persembahan yang dilengkapi dengan suasana muzik yang tegang di atas pentas, serta diinspirasikan daripada genre jenayah dan thriller, drama sains mereka yang bertajuk “Who Did It?” mengetengahkan implikasi negatif penggunaan plastik sekali guna dan pelepasan karbon terhadap alam sekitar kita.
Naratif yang menarik dan kreatif ini telah mendorong pasukan ini untuk meraih kemenangan dalam kategori terbuka International Science Drama Competition (ISDC) 2024 yang diadakan pada 21 Julai 2024, di Beijing Institute of Economy & Management, China.

Muhammad Ali, 16, dari SMK Dato’ Penggawa Timur, yang juga memenangi Best Male Performer (kategori terbuka), berkata: “Kami gembira kerana telah menjuarai pertandingan antarabangsa, dan kami berharap agar persembahan kami telah membanggakan sekolah kami, Johor, dan Malaysia. Bagi persediaan pertandingan ini di peringkat antarabangsa, kami terus memperhalusi sebutan perkataan kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru saya kerana telah membimbing kami.”
Berpuas hati dengan prestasi pasukannya semasa pertandingan itu, beliau berkongsi bahawa pertandingan itu membantu semua peserta memahami konsep kelestarian dengan lebih baik kerana pasukan itu telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh mengenai sisa, plastik, polimer, karbon dan sebagainya bagi menyertai pertandingan ini.
Pada masa yang sama, juara ISDC 2023 – Drama Llamas dari SK Setiawangsa, Kuala Lumpur juga merangkul kejuaraan dan seterusnya memenangi hadiah wang tunai sebanyak 3,000.00 Chinese Yuan RMB bagi kategori junior ISDC 2024 dengan persembahan drama mereka yang berjudul “From Waste to Wonder: A Plastic Odyssey”.

Dengan mempamerkan kreativiti dan idea berinovasi mereka, pasukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini memulakan persembahan teater mereka dengan tarian dinamik. Tiga orang pelajar kemudiannya mempersonifikasikan sebagai sisa plastik, manakala watak-watak “Mankind” dan “Madam Science” muncul sebagai wira cerita tersebut dengan menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk mereka melalui teknologi revolusi menggunakan campuran bitumen dan sisa plastik (PMB).
Persembahan mereka menyerlahkan kelebihan pencampuran sisa plastik dan bitumen menjanjikan jalan raya yang mempunyai daya tahan yang tinggi di samping mempromosikan kelestarian alam sekitar serta ekonomi kitaran.
Maryam Yasmin, 11, dari SK Setiawangsa, yang melawat Beijing buat kali pertama berkata: “Saya sangat gembira apabila pasukan kami diumumkan sebagai pemenang pertandingan (kategori junior) kerana kami telah berusaha untuk mebuat segala persiapan untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk pertandingan ini. Antaranya termasuklah dalam memperhalusi vokal, sebutan perkataan dan ekspresi muka kami.”

Walaupun menghadapi cabaran dalam mengimbangi antara pengajiannya dan persediaan untuk ISDC 2024, namun ini memberikan pengalaman yang berharga baginya kerana Maryam telah mempelajari lebih lanjut mengenai plastik dan PMB, yang meningkatkan pemahamannya ke arah kelestarian.
Psukan dari China, Thailand, Singapore dan Malaysia bertanding di ISDC dan mempersembahkan drama bertemakan ‘Global Sustainability: Nations in Action’. Pertandingan ini dianjurkan oleh Asia Pacific Network of Science and Technology Centres (ASPAC), di mana Petrosains merupakan salah satu ahli di rangkaian sains tersebut.
Ketua pegawai eksekutif Petrosains Sdn. Bhd. Ezarisma Azni Mohamad berkata: “Pelajar-pelajar dan mentor kami di Malaysia telah sekali lagi menunjukkan aspek kreatif dan inovatif mereka dengan memenangi ISDC. Kami amat berbangga dengan semua peserta-peserta muda kami yang telah mempamerkan bakat dan pemahaman yang mendalam tentang konsep sains dan kelestarian melalui persembahan drama mereka.”
“Sebagai badan impak sosial PETRONAS di bawah tonggak Pendidikan STEM, kami melihat penglibatan kami dalam PSDC sebagai salah satu usaha untuk membantu negara kami bagi memupuk generasi muda yang berfikiran secara kritikal dan saintifik pada masa depan. Kami turut ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan, PETRONAS, ibu bapa dan semua yang telah terlibat dalam menyokong Petrosains serta pasukan Malaysia.”
Pasukan-pasukan ini mewakili Malaysia untuk bertanding dalam ISDC selepas memenangi PSDC pada 25 Jun 2024 di Putrajaya, di mana perbelanjaan mereka telah ditaja sepenuhnya untuk bertanding dalam pertandingan bertaraf antarabangsa di Beijing, China. PSDC dianjurkan bersama oleh Petrosains dan Kementerian Pendidikan, manakala PETRONAS merupakan rakan kongsi utama pertandingan itu.
Kategori Terbuka: Johan: “Who Did It?” by SMK Dato’ Penggawa Timur, Malaysia Naib Johan: “Breaking News” by Methodist Girls’ School, Singapore Tempat Ketiga: “Mrs. Plastic on Trial” by Chalermkwansatree School, Thailand