Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jejaki cotot
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka
Tiada Kategori

Nama Tercatat Dalam Peta Lama, Persatuan Kartografi Melaka Jejaki ‘Cotot’

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Nama Tercatat Dalam Peta Lama, Persatuan Kartografi Melaka Jejaki ‘Cotot’

Sepanjang 67 tahun Malaysia bebas dari pemerintahan asing, beberapa kawasan telah mengalami perubahan nama.

Ada yang berubah disebabkan nama yang tidak elok, dan ada juga yang diubah namanya mengikut sejarah tempatan. Tidak kurang juga nama kawasan yang diubah bagi menaikkan nilai komersil di sana.

Mungkinkah berlaku nama sesuatu tempat itu dilupakan setelah 200 tahun berlalu disebabkan pertukaran nama panggilan? Atau mungkin tempat tersebut dirahsiakan dari pengetahuan generasi muda hingga ia terus tersimpan dalam lipatan waktu?

Kali ini, ikuti perkongsian kajian Pengerusi dan Penyelidik dari Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz yang mencari satu kawasan yang telah lama ‘hilang’ iaitu ‘Cotot’ yang terletak di Melaka.

BACA: Tercatat Dalam Naskhah Kartografi, Laluan Lama Hubungkan Melaka & Johor Dijejaki

Lokasi hilang dari peta, di mana sebenarnya tempat bernama Cotot?

Perbandingan dua buah naskah kartografi lama Melaka yang dihasilkan pada abad ke 17 dan 19.

Peta bertajuk Nova tavoa geographica da tera do sertam de Malaca dihasilkan oleh Manuel Godinho de Eredia pada tahun 1602 manakala peta yang kedua iaitu Figurative Kaart van de Nederlandsche bezitting op het schiereiland Malacca telah dilakukan tinjauan oleh Juruukur bersumpah Valberg dan diperbaiki dan dilukis oleh Leftenan / Jurutera Schonermarck yang diterbitkan sekitar tahun 1820.

Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap kedua-dua peta lama yang berbeza jarak masa selama lebih 200 tahun, terdapat beberapa nama kawasan yang tidak lagi terpapar atau mungkin telah digantikan dengan nama yang berbeza. Antara lokasi tersebut ialah COTOT dan SVCAMANANTI (Suka Menanti).

lokasi hilang dari peta
Gambar: Persatuan Kartografi Melaka

Kedua-dua nama lokasi lama yang dinyatakan ini juga sudah tidak lagi diguna pakai di Melaka pada masa kini.

BACA: Keistimewaan Durian Dicatat Dalam Naskah Lama 430 Tahun Lalu – Persatuan Kartografi Melaka

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Persatuan Kartografi Melaka dalam menentukan anggaran lokasi kedua-dua kawasan yang hilang tersebut. Untuk lokasi yang berkemungkinan adalah SVCAMANANTI (Suka Menanti), boleh dirujuk di dalam “posting” sebelum ini (Pautan seperti di bawah).

SVCAMANANTI @ Suka Menanti, Melaka. Sebuah kawasan yang hilang di dalam Peta Moden.

Manakala untuk kawasan yang dinamakan sebagai COTOT masih lagi dalam proses kajian dan pencarian lokasi yang sebenar. Berkemungkinan lokasi COTOT ini terletak di sekitar kawasan utara daerah Jasin atau timur daerah Alor Gajah.

Berdasarkan rujukan daripada buku Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol VIII yang diterbitkan pada sekitar tahun 1930, COTOT berkemungkinan adalah Bukit Katong, sebuah bukit berhampiran Bukit Batu Tiga di Bukit Senggeh Hutan Simpan (Di dalam buku tersebut ditulis sebagai Perhaps (Bukit) Katong, a hill near Bukit Batu Tiga in the Bukit Senggeh Forest Reserve).

Untuk lokasi yang sebenar masih lagi di dalam kajian dan penelitian selanjutnya. Di dalam peta tahun 1602 yang dihasilkan oleh Eredia, beliau ada menyatakan bahawa COTOT ini merupakan sebuah kawasan perlombongan.

BACA: “Ada Jeti,” Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Stesen Kereta Api Lama Port Dickson

Walau bagaimanapun, berdasarkan kedua-dua peta lama yang dinyatakan, kebanyakan nama lokasi yang terpapar di dalamnya adalah kekal digunakan sehingga hari ini walaupun telah mencecah usia ratusan tahun antaranya ialah Sungai Putat, Batu Berendam, Bertam, Batang Melaka, Telok Mas, Tanjung Bidara, Klebang dan lain-lain lagi seperti yang tertulis di dalam peta lama tersebut.

Penulisan oleh: Pengerusi dan penyelidik Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi).

Sumber peta & maklumat: 1) Library of Congress. 2) Nationaal Archief. 3) Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol VIII. (1930)

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka