MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga
Bila tibanya hujung minggu, pusat beli-belah pasti akan menjadi salah satu lokasi tumpuan utama untuk orang ramai meluangkan waktu bersama keluarga atau kawan-kawan.
Terutama bagi yang berada di Lembah Klang, banyak pilihan pusat beli-belah yang boleh dikunjungi.
Lagi-lagi bila pusat beli-belah tersebut ada promosi kaw-kaw. Bayangkan kalau siap ada diskaun gila-gila sampai 70%, tak kan la kita tak pergi kan?
Peluang tak datang selalu, mungkin ada barang yang kita minat tapi tak dapat beli sebelum ini sebab terlalu mahal. Justeru, sekarang inilah masa yang sesuai sebab ada diskaun yang memang tak masuk akal.
Mana lagi pusat beli-belah yang selalu buat diskaun melampau-lampau kalau bukan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA).
Untuk korang yang belum tahu, MOP KLIA ini memang selalu bagi diskaun istimewa untuk pelanggan. Tetapi selain jualan murah, pusat beli-belah ini kerap juga buat aktiviti dan festival untuk tarik lebih ramai pengunjung ke sana.
Jepun Festival Musim Panas Bon Odori
Terbaru, MOP KLIA Sepang akan buat promosi kaw-kaw sempena Japanese Festival Bon Odori pada 10 dan 11 Ogos nanti. Festival yang pertama kali diadakan di pusat beli-belah ini akan bermula dari jam 4 petang hingga 9 malam.
Banyak aktiviti dan persembahan menarik yang akan dianjurkan sepanjang festival ini berlangsung. Antaranya Japanese Dance Performance,Japanese Wadiako Drum, booth permainan dan pemakaian Yukata. Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi booth makanan yang terletak di ruang parkir Zone A.
Selain itu, festival ini dimeriahkan lagi dengan penampilan kumpulan rock Jepun, Hoshi-No-Oka. Kumpulan itu dibarisi oleh pendatang baharu yang berbakat iaitu Cyen, Kano, Sasha dan Angela.
Tapi mesti korang tertanya-tanya kan, apa promosi yang MOP KLIA tawarkan sempena Japanese Festival Bon Odori ni?
Istimewanya kali ini, banyak jenama-jenama pakaian serta kelengkapan diri yang menawarkan promosi dari 50% hingga 70%. Antara jenama tersebut adalah Adidas, Bath and Body Works, Sacoor Outlet, Tommy Hilfiger, Cotton On, Crocs, Obermain, Kate Spade dan banyak lagi.
Jadi apa tunggu lagi, ini lah masa yang sesuai untuk korang rebut peluang shopping dengan harga kaw-kaw murah sempena promosi ketika Japanese Festival Bon Odori ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.