Siakap Keli
Wanita Ugut Suami
Gambar: BERNAMA

Sepakat Dengan Teman Lelaki Bawa Lari Tiga Anak, Wanita Ugut Suami RM2,000

Sepakat Dengan Teman Lelaki Bawa Lari Tiga Anak, Wanita Ugut Suami RM2,000

Seorang wanita bersama teman lelakinya sanggup melarikan tiga anak kecilnya ke Kluang untuk mengugut suaminya bagi mendapatkan wang sebanyak RM2,000.

Sebelum itu, kejadian ini tular di media sosial apabila terdapat hebahan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan wanita tersebut dan tiga kanak-kanak yang tidak sampai ke kampung halaman di Kota Tinggi setelah menaiki bas.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, memaklumkan bahawa suami suspek, seorang pengawal keselamatan berusia 41 tahun, telah membuat laporan polis pada jam 9.47 malam Jumaat.

Laporan tersebut dibuat selepas menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang meminta wang sebanyak RM2,000 jika mahu isteri dan anak-anaknya pulang.

“Sebelum itu pada 25 Julai, si suami menghantar isterinya berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.

“Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula, memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.

“Keesokannya harinya, si suami yang berada di rumah telah menerima ugutan melalui WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta sejumlah wang sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bertindak atas maklumat, pihak polis melakukan dua serbuan di lokasi berasingan di Kluang pada malam Sabtu.

“Ketika ditahan, si isteri bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia tiga hingga 12 tahun berada dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Kluang.

“Teman lelakinya berusia lingkungan 40-an yang bekerja sebagai peniaga ditahan di sebuah rumah di Kluang,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka kini ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut,” katanya.

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA: Dua Maut Kemalangan Empat Kenderaan

BACA: Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.