Siakap Keli
Kekasih Maut Kemalangan
Gambar: Sinar Harian

Dua Maut Kemalangan Empat Kenderaan

Dua Maut Kemalangan Empat Kenderaan

KUALA TERENGGANU, 28 Julai (Bernama) — Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan di sini, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhammad Haniff Idham Mohd Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Haniff Idham dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan penyelamat dari arah belakang.

Beliau berkata rempuhan itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang bekerja sebagai peniaga bersama bakal tunangnya terbabas lalu melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.

Menurut Azli, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta mangsa.

“Selepas itu, datang pula sebuah kereta melanggar belakang kenderaan SUV berkenaan. Bagaimanapun pemandu kenderaan SUV hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pasangan berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia.

BACA: Kemalangan: Pengarah Filem Mansor Puteh Disahkan Meninggal Dunia

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA: “Ada Bunyi..”, Ini Tiga Tanda “Steering Rack” Kereta Anda Dah Rosak

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.