Siakap Keli

Honda WRV RS: Mini SUV Yang Mahal Tapi Nampak Tak Mahal

Honda WRV RS: Mini SUV Yang Mahal Tapi Nampak Tak Mahal

Kalau nak beli SUV saiz besar mungkin harganya terlalu mahal dan sebagai rakyat bertaraf B40 seperti kita, kurang mampu nak tanggung maintenance dan bayaran ansuran.

Tapi kita tetap rasa nak pakai SUV juga. Jadi, mini SUV atau SUV kompak la jawapannya. Harga lebih murah, maintenance lebih berpatutan, senang cerita mampu milik.

Tak banyak pilihan mini SUV dala pasaran Malaysia dengan harga yang mesra poket. Setakat yang SK tahu model seperti Perodua Ativa dan Honda WRV.

Jadi, baru-baru ini Honda Malaysia baik hati bagi SK pinjam dan merasai pengalaman memandu Honda WRV varian RS dan ini pendapat SK mengenai Honda WRV RS.

Harus diingat ini hanyalah pengalaman masa yang singkat dan SK akan ceritakan dari apa yang SK rasa sepanjang memandu WRV RS.

Pemanduan

SK adalah pemilik Perodua Ativa, jadi mudah untuk SK bandingkan dua mini SUV ini. Dari segi pemanduan, SK merasakan pengalaman yang lebih kurang sama dengan Ativa.

Untuk WRV RS, menggunakan enjin 1.5L Dual Over Head Camshaft (DOHC) I-VTEC dengan 121 horse power dan 145nM of torque.

Setiap kali SK memecut WRV RS mampu melakukan tugasnya dengan baik cuma jika mendaki bukit SK merasakan sedikit kurang kuasa disitu.

Atas kertas, daya pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 11 saat sahaja.

WRV RS juga menggunakan kotak gear jenis CVT, sama seperti Perodua Ativa.

Jimat Minyak Ke?

Dari segi penjimatan minyak,  WRV RS mencatatkan 6L/100km dan kurang 1.5L berbanding Ativa (7.5L/100km).

Sepanjang SK memandu di sekitar bandar Cyberjaya dan Kuala Lumpur, agak laju juga meter minyak menurun.

Mungkin kereta ini kurang jimat petrol jika digunakan sebagai kereta harian dalam bandar.

SK juga tidak berkesempatan nak memandu kereta ini untuk perjalanan jauh.

Saiz Kereta

Panjang Honda WRV RS mencecah 4,060mm, manakala lebar pula mencecah 1,780mm dan tinggi mencecah 1,608mm.

Jika dibandingkan dengan Ativa, tinggi 4,065mm, manakala lebar 1,710mm dan tinggi mencecah 1,635mm

Jelas disini Honda WRV RS lebih lebar berbanding Ativa dan Ativa lebih panjang dan tinggi berbanding WRV RS.

Dari segi Wheelbase pula WRV RS ialah 2,485mm manakala Ativa 2,525mm.

WRV RS juga ada saiz but yang agak besar iaitu 362L dan lebih besar dari but Ativa.

Secara keseluruhan, rekaan badan WRV RS nampak mewah pada grill yang seakan Honda HRV dan selain dari itu hanya ditahap biasa saja.

Ciri Keselamatan

Untuk Honda WRV RS, ciri-ciri keselamatan tak perlu dirisaukan kerana SUV ini lengkap dengan 6 airbag dan pakej penuh Honda Sensing.

Ini termasuk Anti-Lock Braking System (ABS), Vehicle Stability Assist (VSA), Honda LaneWatch Camera dan Lane Departure Warning (LDW).

Apa yang menariknya, Honda LaneWatch Camera diberikan kepada semua varian WRV. Jika dibandingkan dengan model Honda sebelum ini, hanya varian High Specs sahaja yang akan dapat.

Ini bermakna, Honda meletakkan keselamatan pengguna sebagai perkara utama sebelum ciri-ciri yang lain.

Apa Ada Dalam WRV RS?

WRV RS menggunakan meter cluster dengan paparan 4.2″ TFT. SK boleh katakan meter cluster yang agak klasik untuk sebuah Honda varian full spec.

WRV RS juga satu-satunya varian yang dilengkapi dengan paddle shift. Tempat duduk dan stering semua dibalut dengan kulit + fabrik dengan benang jahitan warna merah.

Tiada pengecas tanpa wayar untuk model ini tapi dilengkapi dengan songket 12V dan port pengecasan jenis A di bahagian hadapan dan tempat duduk belakang.

wrv mini suv wrv mini suv wrv mini suv wrv mini suv wrv mini suv wrv mini suv

Ia juga datang dengan arm-rest di bahagian pemandu dan tempat duduk belakang (tanpa cup holder). Di bahagian belakang juga ada disediakan air-cond vent.

Untuk Audio System pula, WRV RS lengkap dengan 7″ Audio Display dengan sambungan tanpa wayar Apple Carplay dan Android Auto.

Pendapat SK, interface Audio Display WRV RS ini agak sedikit bosan berbanding Ativa. Hanya sambungan Apple Carplay dan Android Auto beri banyak kelebihan untuk kereta ini..

WRV RS juga siap dengan 6 biji speaker berbanding varian lain yang hanya datang dengan 2-4 speaker sahaja.

Satu lagi perkara yang kurang berkenan, tombol gear yang nampak murah walaupun ini adalah varian paling tinggi.

Mungkin penambahan balutan kulit di batang gear boleh menampakan tombol gear lebih kemas.

Secara keseluruhan, ruang dalaman WRV RS ini boleh SK katakan tidak setanding harganya. Dengan harga lebih RM100,000 SK mengharapkan lebih dari Honda.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari sebuah mini SUV untuk kegunaan harian atau berjalan jauh, mungkin artikel ini boleh membantu.

Dengan harga bermula RM89,560 sehingga RM107,560 anda boleh dapatkan sebuah mini SUV yang  pada pendapat SK agak mahal dan kurang dari segi rekaan dalaman.

Lengkap dengan ciri keselamatan, rupa yang menarik dan ruang dalam yang selesa dengan harganya.

Pengalaman memandu SK juga boleh SK letakkan di tahap baik untuk perjalanan singkat dalam bandar.

Tempah Honda WRV korang sekarang

BACA JUGA: Omoda E5

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.