Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kisah Eric Moussambani
Gambar: AFP

Tiada Jurulatih, Ini Kisah Kecekalan Eric Moussambani Ketika Olimpik Sydney

Azizah Najib

Tiada Jurulatih, Ini Kisah Kecekalan Eric Moussambani Ketika Olimpik Sydney

Citius. Altius. Fortius.

Lebih pantas. Lebih tinggi. Lebih kuat. Itu moto Olimpik yang tidak langsung tergambar ketika perlawanan pertama kali perenang dari negara Equatorial Guinea, Eric Moussambani Malonga di Sukan Olimpik Sydney 2000.

Atlet solo ini telah mencatatkan rekod perenang paling lambat menamatkan pusingan dalam kategori renang 100 meter gaya bebas dalam sejarah Olimpik ketika itu, dengan catatan masa 1:52.72.

Walaupun begitu, namanya sehingga kini menjadi sebutan setelah 24 tahun berlalu.

Digelar Eric Si Belut, atlet perenang ini hanya berkesempatan menjalankan latihan renangnya lapan bulan sebelum Olimpik bermula.

Sebelum itu, Eric yang ketika itu berusia 22 tahun, tidak pernah tahu tentang Sukan Olimpik, apatah lagi sukan renang. Membesar di Malabo, Eric lebih lincah di padang bola dan gelanggang bola keranjang.

BACA: Perenang Olimpik Brazil Dihantar Pulang Selepas Lawat Menara Eiffel

Suatu hari, Eric terdengar iklan di radio yang mencari atlet perenang untuk Sukan Olimpik. Tanpa berfikir panjang, dia menghantar nama untuk penyertaan.

Memulakan langkah pertamanya, Eric memulakan sesi belajar berenang di sungai dan laut dengan bantuan dan latihan daripada seorang nelayan.

Apabila tiba hari pemilihan, Eric diminta hadir ke sebuah hotel yang satu-satunya mempunyai kolam renang di negara tersebut.

“Kami dipanggil untuk pemilihan, dan hanya saya seorang yang hadir.

“Tiada siapa yang datang. Setelah dua jam menunggu, hanya saya seorang,” katanya ketika ditemubual wartawan.

Setelah membuktikan yang dia boleh berenang, Eric menerima makluman namanya terpilih untuk bertanding di temasya sukan antarabangsa itu apabila menerima “wild card” untuk bertanding dalam acara renang 100 meter gaya bebas.

“Mereka hanya suruh saya siapkan pasport dan sekeping gambar supaya mereka dapat hantar saya ke Olimpik. Mereka suruh saya teruskan berlatih. Saya tanya mereka, dengan siapa? Saya tidak ada jurulatih. Mereka hanya jawab, buat apa yang kamu boleh. Teruskan berlatih sebab kamu akan pergi ke Olimpik,” tambahnya lagi.

BACA: Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

Tanpa jurulatih rasmi, mahupun pengetahuan berkenaan peraturan sukan tersebut, Eric terbang ke Sydney berbekalkan kecekalan dan semangat waja.

Gambar: AFP

Kejutan besar menyambut ketibaan Eric di sana apabila melihat saiz sebenar kolam renang mengikut piawaian Sukan Olimpik.

Setibanya di sana, Eric dijadualkan untuk menjalani latihan pada masa yang sama dengan perenang dari Amerika Syarikat.

“Latihan jadual saya ditetapkan bersama perenang Amerika. Saya pergi ke kolam renang dan perhatikan mereka, cara mereka berlatih dan cara mereka menyelam sebab saya tak tahu caranya. Saya tiru mereka. Saya kena tahu cara untuk menyelam, menggerakkan kaki dan tangan saya.

“Saya belajar semuanya di Sydney. Saya tak tahu cara untuk menyelam apapun. Sementara mereka (pasukan renang Amerika) berlatih, saya perhatikan mereka. Saya sendirian. Saya tak ada jurulatih,” imbasnya.

Seorang jurulatih dari Afrika Selatan secara sukarela mengajarnya cara berenang dengan betul ketika melihat dia berlatih sendirian.

Setelah tiba hari pertandingan, Eric berada di blok pelepas bersama dua lagi atlet lawannya iaitu Karin Bare dari Nigeria dan Farkhod Oripov dari Tajikistan. Tanpa diduga, penyertaan kedua-dua pihak lawannya dibatalkan kerana salah mula (false start).

Eric memulakan kerjayanya berseorangan, sehinggalah hari perlawanannya. Bersendirian, Eric meneruskan perlawanannya apabila isyarat mula dibunyikan.

BACA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Lakukan Satu Lagi Kejutan, Layak Ke Suku Akhir

“Mereka beritahu saaya seorang sahaja yang akan berenang, jadi saya sangat gementar. Semua orang melaungkan, ‘Go go go!’,” katanya.

Menerusi video rasmi perkongsian Olympic di YouTube, jelas kedengaran sokongan para penonton menggegar ruang kolam renang ketika itu.

Eric Si Belut berenang dengan penuh semangat di awal pusingan. Namun, pada 50 meter terakhir, dia sudah mula kelihatan penat.

Tanpa menghiraukan kesakitan dan kepenatan yang dirasai, Eric menghabiskan renangnya.

Biarpun tamat dengan rekod masa terlambat dalam sejarah, Eric Moussambani menjadi kisah inspirasi Olimpik.

Kisah Eric Si Belut sentiasa menjadi bintang yang melambangkan Olimpik dengan penuh bersemangat, keazaman dan keberanian.

Mengambil kata-kata dari Bapa Olimpik Moden, Baron Pierre de Coubertin, apa yang penting dalam Sukan Olimpik bukan kemenangan tetapi penyertaan, apa yang penting dalam kehidupan bukan menakluk tetapi berlawan dengan baik.

Menerusi laporan Daily Mail, kisah inspirasi Eric Moussambani bakal diangkat ke layar perak apabila sebuah syarikat produksi filem, Aurora Films berjaya mendapatkan hak cipta life rights agreement daripada tuan badan pada awal 2023. Filem tersebut dijangka ditayangkan antara tahun 2025 dan 2026.

Gambar: AFP

Kini, selepas 24 tahun peristiwa bersejarah tersebut, Eric berjaya mencipta legasi di negaranya. Di samping bekerja sebagai Perancang Penyelenggaraan di sebuah syarikat petroleum, Eric turut menjadi jurulatih negaranya bagi sukan renang. Dia berhasrat untuk melihat atlet generasi baru mempunyai peluang menjejakkan kaki ke Olimpik suatu hari nanti.

Sumber: Olympics (1) (2), CNN Sports, Mail Online, Sport And Dev Community, Swimming World, World Economic Forum, Eric Moussambani Malonga via LinkedIn