Siakap Keli
Syaqiera Paris 2024
Gambar: BERNAMA

Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

PARIS, 30 Julai (Bernama) — Hasrat atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh untuk mara ke aksi penyingkiran 1/8 tidak kesampaian apabila tewas 5-6 kepada Ana Luiza Sliachticas Caetano dari Brazil hari ini.

Beraksi dalam panas terik sekitar 32 darjah celcius di Invalides, keputusan terpaksa ditentukan menerusi ’shoot-off’ selepas kedua-dua atlet terikat 5-5 selepas lima set pada aksi penyingkiran 1/16.

Syaqiera, 23, yang membuat penampilan kedua di Olimpik selepas Tokyo 2020 bagaimanapun terpaksa akur kepada wakil Brazil itu yang membidik 9 mata, manakala beliau hanya meraih 8 mata.

Terdahulu, Syaqiera membidik 27, 28, 28, 27, 24 pada lima set, manakala Ana Luiza mencatatkan 27, 28, 24, 27, 29.

Bercakap kepada Bernama selepas aksi berkenaan, Syaqiera berpuas hati dengan bidikan konsistennya pada edisi kali ini dan bertekad bekerja keras untuk menjadi pesaing utama pingat pada Sukan SEA Thailand tahun depan.

“Prestasi sebelum ini agak mendatar, tetapi di sini ada nampak prestasi saya meningkat dan panahan saya konsisten. Cuaca memang panas pada hari ini.

“Berbanding Tokyo, keadaan di sini lebih meriah dengan saingan pun lebih sengit. Apa perlu ditingkatkan ialah skil dan mental ketika pertandingan kerana ia penting untuk menentukan pemenang,” katanya.

Syaqiera turut berharap kejayaan rakan sepasukannya Ariana Nur Diana Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil yang bakal membuka kempen masing-masing dalam pusingan penyingkiran 1/32 esok.

Ariana Nur Diana bakal bertemu Ciara Rebagliati, manakala Nur Azreena akan mencabar Elif Berra Gokkir dari Turki.

Terdahulu, Syaqiera membuka kempen dalam acara individu wanita itu dengan menyingkirkan Alexandra Mirca dari Moldova 6-0 pada pusingan 1/32, sekali gus mengatasi keputusan di Tokyo, apabila beliau tersingkir seawal pusingan pertama.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.