Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Paris 2024 Pearly-Thinaah
Gambar: BAM

Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

Iqbal Yasir

Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

Para penonton berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sejurus beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mempamerkan aksi memukau di Aréna Porte de La Chapelle sebentar tadi.

Pearly-Thinaah turun bertemu bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara, dalam misi mencari kemenangan pertama dalam aksi kumpulan A.

Set pertama tampak baik bagi Pearly-Thinaah apabila mereka berjaya mendahului perlawanan dengan skor 11-7 pada satu ketika, namun kualiti permainan pasangan Jepun membolehkan mereka bangkit semula dan memenangi set tersebut dengan skor 21-18.

Di set kedua, Pearly-Thinaah tidak berdiam diri, sebaliknya mengatur strategi demi strategi dan akhirnya berjaya merampas set tersebut dengan skor 21-16.

Kembali bersaing di set penentuan, kedua-dua pasangan bermain perang psikologi, namun rezeki berpihak kepada Pearly-Thinaah yang berjaya mengharumkan nama negara dengan kemenangan 21-16.

Selepas ini, Pearly-Thinaah akan meneruskan perjuangan dalam misi mengisi slot suku akhir dengan syarat perlu membenam cabaran terakhir beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadanti.

Hadiah lumayan menanti atlet negara pertama raih pingat emas

Sebelum ini, pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam menanti atlet negara pertama yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor BERNAMA menerusi SK.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.

Beliau juga mengumumkan penajaan peribadi berjumlah RM1 juta daripada Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Bhd (Senheng) Lim Kim Heng kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.

“Emas Olimpik adalah kebanggaan Malaysia. Jadi inilah platform untuk sektor swasta memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila membawa pulang emas,” katanya pada sidang media mengumumkan insentif penajaan Sukan Olimpik Paris 2024.

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA: Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

BACA: Belal Muhammad, Anak Palestin Pertama Raih Kejuaraan Dunia Di UFC

Sumber: Stadium Astro