Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
olimpik paris
Gambar: BERNAMA

Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

Azizah Najib

Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

Detik permulaan perjuangan atlet Olimpik di Paris disambut dengan begitu meriah. Perarakan masuk kontinjen dari seluruh pelosok dunia menandakan pembukaan pentas Olimpik Paris 2024 pada awal pagi Sabtu.

Majlis yang dibuat di luar stadium itu membawa kelainan dari kebiasaan dengan para atlet menaiki bot berlayar di Sungai Seine.

Perarakan kontinjen Malaysia hadir berpakaian seragam hasil rekaan Rizman Ruzaini, ‘The Malaya’ kelihatan anggun mempesona dan segak bergaya.

Menerusi perkongsian bekas atlet skuasy negara, Datuk Dr Nicol Ann David, jelas kelihatan kemeriahan sambutan pembukaan tersebut.

Gambar: Nicol David via Facebook
pembukaan olimpik paris 2024
Gambar: Nicol David via Instagram

Biarpun cuaca hujan, ia tidak menjadi penghalang kepada penonton untuk kekal menyaksikan sambutan itu dari mula hingga tamat.

Menurut CNN, seramai 10,500 orang atlet dibawa hingga ke Trocadéro yang bertentangan dengan Menara Eiffel. Kesemua mereka menaiki 94 buah bot.

BACA: Tiga Syarikat Tawar Ganjaran Tunai RM2 Juta Kepada Pemenang Emas Pertama Malaysia

Temasya pembukaan dimulakan pada petang hari dengan perarakan masuk pembawa obor menaiki kapal melalui bandar Marseille di Selatan Perancis. Pembawa obor Olimpik Paris 2024 disambut meriah dengan percikan bunga api dan asap berwarna-warni.

Kepulan asap berwarna merah, putih dan biru yang menyerupai bendera Perancis turut dilepaskan dengan persembahan udara mengiringi petang penuh bersejarah itu.

Pembawa obor misteri turut menjadi perhatian apabila muncul berpakaian seperti watak di dalam permainan komputer, Assassin Creed sambil mempersembahkan aksi parkour sepanjang perjalanan.

Dari bumbung-bumbung bangunan hingga menunggang kuda di tengah-tengah Sungai Seine, pembawa bendera Olimpik misteri pula meneruskan perjalanan sehingga ke Menara Eiffel.

Pembukaan Olimpik Paris 2024 menonjolkan wajah-wajah terkenal dunia

Untuk pengetahuan, pembawa obor misteri ini hanya sebahagian daripada 10,000 orang pembawa obor termasuk para atlet, warga tempatan dan jemputan luar negara. Artis seperti Snoop Dogg dan ahli kumpulan BTS dari Korea, Kim Seok-jin atau yang dikenali sebagai Jin turut terlibat dalam acara berprestij ini.

Kemunculan Zinedine Zidane mengambil obor dari pembawa obor misteri menjadikan suasana riuh. Zidane kemudiannya dilihat menyerahkan obor Olimpik kepada Rafael Nadal.

Dalam masa yang sama, beberapa persembahan para penyanyi dan kumpulan penari jemputan seperti kumpulan heavy metal Gojira, Aya Nakamura dan Lady Gaga turut menambah kemeriahan dari petang sehingga malam.

BACA: Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Menara Eiffel di kota cinta itu dilimpahi cahaya lampu yang gemilang dengan pertunjukan yang memukau.

Obor dibawa melalui beberapa tempat bersejarah di Paris sehingga ia diserahkan kepada bekas juara berbasikal Olimpik pasukan Perancis, Charles Coste. Bekas atlet berusia 100 tahun itu dilihat menyerahkan obor kepada atlet judo, Teddy Riner dan ratu pecut Perancis, Marie-José Pérec.

Mereka kemudiannya menyalakan kawah Olimpik yang digantung pada belon udara panas. Acara kemuncak Olimpik Paris 2024 menyaksikan persembahan daripada penyanyi terkemuka, Celine Dion. Celine menyanyikan lagu L’Hymne à l’amour, lagu yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Perancis, Édith Piaf suatu ketika dulu.

Bagi anda yang terlepas detik bersejarah sambutan pembukaan pertama kali dalam sejarah di luar stadium ini, saksikan acara empat tahun sekali ini menerusi rakaman Astro Arena di YouTube.

BACA: Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai

Sumber: Nicole David via Facebook, Instagram, CNN, Olympics (1), CBS8, NBC Philadelphia, Filmfare