Siakap Keli
Atlet Malaysia telefon olimpik
Gambar: Stadium Astro

Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Semua altet serata dunia yang bakal beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024, termasuk kontinjen Malaysia, akan menerima sebuah telefon pintar edisi khas, Samsung Galaxy Z Flip 6.

Menurut Stadium Astro, pemberian itu merupakan hadiah daripada syarikat peranti terbesar dunia, Samsung, sebagai salah satu penaja terbesar dalam temasya ini.

Difahamkan, jenama peranti terbesar dunia itu menghasilkan variasi yang dipanggil Edisi Olimpik, dan ianya tidak akan dijual di mana-mana tempat termasuk tidak dibuka kepada khalayak umum.

Gambar: Samsung Malaysia

Seramai 26 atlet Olimpik dan 29 pemain Paralimpik mewakili Malaysia akan terlibat menjelang perasmian temasya dunia itu.

Sehubungan itu, ini menjadikan hanya 55 kontinjen negara itu sahaja yang bertuah memiliki gadget keluaran istimewa berkenaan.

Gambar: Samsung Malaysia

Terdahulu, Samsung Galaxy S21 5G Tokyo 2020 serta Galaxy Buds Pro merupakan peranti yang dibekalkan kepada atlet yang menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Pangsapuri RM1 Juta Untuk Pemenang Pingat Emas

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan menerusi SK, pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam menanti atlet negara pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.

Beliau juga mengumumkan penajaan peribadi berjumlah RM1 juta daripada Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Bhd (Senheng) Lim Kim Heng kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016.

“Emas Olimpik adalah kebanggaan Malaysia. Jadi inilah platform untuk sektor swasta memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila membawa pulang emas,” katanya pada sidang media mengumumkan insentif penajaan Sukan Olimpik Paris 2024 di sini.

Beliau berkata ada beberapa lagi penaja telah menghubungi Jawatankuasa RTG dan kini menguruskan dokumen guaman bagi memastikan komitmen tawaran insentif itu jelas dan sahih.

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

BACA: Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.