Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN
Enam pelajar berjaya mencipta rekod apabila buat pertama kalinya, kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Kejayaan ini diumumkan oleh Olimpiad Matematik Malaysia melalui satu hantaran di Facebook pada hari Sabtu.
https://www.facebook.com/IMOMalaysia/posts/pfbid0CP2LJLbhtNiKXGZh8RmeHc9NSkHHat8xbJFbqtBaqsan475UMGaZZNa17wBv85qzl?mibextid=qi2Omg
Dalam pertandingan tersebut, Ivan Chan Guan Yu dan Wong Jer Ren berjaya merangkul pingat perak.
Empat lagi pelajar, iaitu Daryl Lee Ker Ru, Leia Mayssa Masyerin, Tan Min Heng dan Loh Kwong Weng, masing-masing memenangi pingat gangsa.

“Tahniah kepada kesemua pemenang. Ini merupakan kali pertama kesemua peserta dalam pasukan memenangi pingat dan menyelesaikan P1 dan P4,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Olimpiad Matematik Malaysia turut memaklumkan bahawa Malaysia juga berjaya menduduki tempat kedua dalam kalangan negara-negara ASEAN, berkongsi kedudukan dengan Vietnam, mendepani kedudukan Singapura.
Dengan pencapaian ini, katanya, Malaysia berada di kedudukan ke-33 daripada 117 negara yang mengambil bahagian.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa majlis penyampaian pingat dijadualkan berlangsung pada majlis penutupan di The Forum, Bath UK pada pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Ahad.
BACA: Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO
BACA: Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China
BACA: Insiden CrowdStrike: MyCert Keluarkan Amaran Eksploitasi Pancingan Data Dan Perisian Hasad
Sumber: Olimpiad Matematik Malaysia