Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mycert keluarkan amaran
Gambar: BERNAMA

Insiden CrowdStrike: MyCert Keluarkan Amaran Eksploitasi Pancingan Data Dan Perisian Hasad

Azizah Najib

Insiden CrowdStrike: MyCert Keluarkan Amaran Eksploitasi Pancingan Data Dan Perisian Hasad

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MYCERT) mengeluarkan amaran kritikal susulan laporan peningkatan serangan pancingan data yang mengambil kesempatan daripada insiden CrowdStrike baru-baru ini.

Serangan itu menggunakan domain penipuan, alamat protokol internet (IP) perintah-dan-kawalan (C2) dan binari perisian hasad untuk menjejaskan sistem dan mencuri maklumat sensitif, kata MyCERT di laman sesawangnya, hari ini.

MyCERT berkata domain pancingan data yang digunakan dalam serangan itu meniru laman web yang sah, memperdaya pengguna untuk memasang perisian hasad secara tidak sedar atau mendedahkan bukti kelayakan peribadi.

Sementara itu, pelayan C2 digunakan oleh penyerang untuk mengekalkan kawalan ke atas peranti yang terjejas dan mengekstrak data sensitif.

BACA: Pengguna Windows Seluruh Dunia Alami “Blue Screen Of Death”, Kerja Tergendala

“Sebaliknya, perisian hasad, yang dihantar melalui laman sesawang atau e-mel, menjejaskan lagi landskap ancaman dengan melaksanakan tindakan berbahaya pada peranti yang dijangkiti,” katanya.

Agensi itu juga menyediakan 30 potensi Petunjuk Kompromi (loC) dengan nilai, jenis dan maklumat tambahan yang boleh dirujuk di laman sesawangnya.

“Untuk melindungi organisasi anda daripada lonjakan serangan pancingan data baru-baru ini yang melibatkan domain pancingan data, IP C2 dan binari perisian hasad, adalah penting untuk memantau dan melindungi berdasarkan loC yang disediakan.

“Secara umumnya, CyberSecurity Malaysia menasihati pengguna peranti untuk mengambil maklum pengumuman keselamatan terkini oleh vendor dan mengikuti dasar keselamatan amalan terbaik untuk menentukan kemas kini yang harus digunakan,” kata agensi itu.

BACA: Protes Di Bangladesh Semakin Memuncak, 115 Orang Dilapor Maut

Untuk maklumat dan bantuan lanjut, MyCERT menggalakkan orang ramai menghubungi mereka melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk e-mel (cyber999cybersecurity.my), telefon (1-300-88-2999 (dipantau semasa waktu perniagaan), nombor mudah alih: +60 19 2665850 (melapor insiden 24/7) dan platform media sosial (Laman Sesawang: MyCERT, Twitter: MyCERT on Twitter, Facebook: MyCERT on Facebook)

Pada Jumaat, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan teruk teknologi maklumat.

CrowdStrike Holdings Inc adalah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat berpangkalan di Austin, Texas yang menyediakan perlindungan beban awan, keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

BACA: Tinggalkan Lokasi Insiden Pelanggaran, APMM Giat Kesan Kapal MT Ceres 1

Sumber: BERNAMA