Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kapal mt ceres 1
Kredit: BERNAMA

Tinggalkan Lokasi Insiden Pelanggaran, APMM Giat Kesan Kapal MT Ceres 1

Azizah Najib

Tinggalkan Lokasi Insiden Pelanggaran, APMM Giat Kesan Kapal MT Ceres 1

KOTA TINGGI, 20 Julai (Bernama) — Kapal MT Ceres 1 yang terlibat dalam insiden pelanggaran dengan kapal MT Hafnia Nile di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau di sini semalam, gagal dikesan selepas didapati meninggalkan lokasi kejadian dan menutup Sistem Pengenalan Automatik (AIS).

Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjejaki kapal tangki tersebut giat dilakukan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.

Beliau berkata tindakan kapal yang berdaftar di Republik Demokratik Sao Tome dan Principe iaitu negara di kepulauan Afrika Tengah itu meninggalkan kawasan pelanggaran adalah meragukan sekali gus tidak menolak kemungkinan ia melarikan diri susulan insiden pelanggaran tersebut.

BACA: Protes Di Bangladesh Semakin Memuncak, 115 Orang Dilapor Maut

“Semalam kapal itu masih ada dan kita menangguhkan operasi carilamat pada lewat petang sebelum sambung semula pagi tadi, (namun) aset di lapangan pagi ini membuat laporan bahawa MT Ceres 1 sudah tidak ada di lokasi.

“Setakat ini, Maritim Malaysia tidak dapat memastikan keadaan sebenar kapal berserta kru MT CERES 1 memandangkan ia tidak dapat dihubungi,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini.

Nombor pendaftaran kapal MT Ceres 1 meragukan

Beliau berkata maklumat serta semakan oleh Maritim Rescue Sub-Centere (MRSC) Johor Bahru dan Jabatan Laut Malaysia juga mendapati nombor pendaftaran International Maritime Organization (IMO) kapal tersebut meragukan.

Justeru, beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan daripada ejen syarikat kapal itu yang sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas.

“Setakat ini kita tidak dapat dipastikan jenis muatan dibawa kapal tersebut dan berdasarkan maklumat ia mempunyai 40 kru dengan 14 daripadanya telah diselamatkan oleh kapal tunda dari Singapura yang berada berhampiran lokasi kejadian dan dibawa ke republik itu untuk dirawat semalam.

BACA: Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO

“Baki 26 kru lagi dipercayai masih berada di kapal tersebut dan berkemungkinan masih berada di perairan negara, sama ada mereka sihat atau tidak tidak dapat dipastikan tetapi pandangan saya apabila kapal tiada di situ (lokasi) kemungkinan mereka berjaya kawal (kebakaran) kapal itu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui di mana,” katanya.

Zin Ahmad berkata pihaknya akan turut mengatur gerak Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bagi mengesan kapal itu, selain Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian susulan insiden pelanggaran yang berlaku pada jam 6.55 pagi semalam.

Beliau berkata 22 kru kapal MT Hafnia Nile yang berdaftar di Singapura dan membawa bahan kimia jenis ‘naptha’ itu pula diselamatkan Tentera Laut Singapura RSS Supreme dan dirawat di republik berkenaan.

“Kapal berkenaan telah dibawa arus hingga ke Pulau Pemanggil di sini dan usaha membawanya ke kawasan selamat akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia,” katanya yang turut menjelaskan insiden itu berlaku di perairan negara berdasarkan kedudukan lokasi kejadian dan tumpahan minyak turut dikesan.

BACA: Terkenal Dalam “Crouching Tiger, Hidden Dragon”, Cheng Pei-pei Meninggal Dunia

Sumber: BERNAMA