Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
protes di bangladesh
Kredit: AFP

Protes Di Bangladesh Semakin Memuncak, 115 Orang Dilapor Maut

Azizah Najib

Protes Di Bangladesh Semakin Memuncak, 115 Orang Dilapor Maut

Bangladesh — Seramai 115 orang dilaporkan telah meninggal dunia berikutan kejadian rusuhan di negara itu yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu, lapor AFP.

Ketika ini, askar dilihat sedang berkawal di bandar-bandar Bangladesh bagi menghentikan pergolakan awam yang semakin meningkat.

Susulan itu juga, perintah berkurung telah dikuatkuasakan oleh kerajaan pada tengah malam dengan tentera dikerahkan setelah pihak polis gagal mengawal keadaan.

“Tentera telah dikerahkan ke seluruh negara bagi mengawal undang-undang dan ketenteraman,” kata jurucakap angkatan tentera, Shahdat Hossain kepada AFP.

BACA: Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

Menurut penyiar swasta, Channel 24, perintah berkurung tersebut akan kekal berkuat kuasa sehingga sekurang-kurangnya pada Ahad, 10.00 pagi waktu tempatan.

Jurucakap pihak polis, Faruk Hossain pula memaklumkan, ratusan ribu orang menentang pihak polis di seluruh ibu negara pada Jumaat.

“Sekurang-kurangnya 150 pegawai polis telah dimasukkan ke hospital. Manakala 150 orang lagi diberi rawatan kecemasan.

“Banyak pondok polis telah dibakar para perusuh. Pejabat-pejabat kerajaan juga turut dibakar dan dirosakkan,” katanya.

Kredit: MUNIR UZ ZAMAN/AFP

Menurutnya lagi, dua orang pegawai polis juga maut dipukul ketika kejadian.

Rusuhan pelajar di Bangladesh, dua pemimpin penganjur ditahan

Jurucakap kumpulan utama yang menganjurkan tunjuk perasaan ini, Students Against Discrimination, memberitahu dua pemimpinnya telah ditahan sejak Jumaat.

BACA: Pengguna Windows Seluruh Dunia Alami “Blue Screen Of Death”, Kerja Tergendala

Pegawai kanan kedua dari parti pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) turut ditangkap pada awal pagi Sabtu, maklum jurucakap parti, Sairul Islam Khan.

Berikutan itu, kejadian ini menimbulkan cabaran yang besar buat kerajaan autokratik yang dipimpin Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina selepas 15 tahun memegang jawatan.

Dalam pada itu, Hasina dijangka ke luar negara pada Ahad untuk lawatan diplomatik yang telah dijadualkan. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan setelah kejadian yang berlaku semakin meruncing.

Kredit: AFP

“Beliau terpaksa membatalkan lawatannya ke Sepanyol dan Brazil berikutan keadaan semasa,” ujar setiausaha media Hasina, Nayeemul Islam Khan.

Terdahulu, hampir setiap hari perarakan telah diadakan di bandar-bandar besar negara itu bagi menyatakan protes dan menggesa kerajaan untuk menamatkan sistem kuota yang menyimpan lebih separuh daripada jawatan perkhidmatan awam untuk kumpulan tertentu, termasuk anak-anak veteran dari perang pembebasan negara pada 1971.

Memetik AFP, pengkritik mendakwa bahawa skim itu memberi manfaat kepada anak-anak kumpulan pro-kerajaan yang menyokong Hasina.

Sejak kematian pertama yang berlaku pada Selasa lalu, penunjuk perasaan telah mula menuntut Hasina meninggalkan pejabat.

“Ia bukan mengenai hak pelajar lagi. Kami di sini sebagai orang awam sekarang. Tuntutan kami hanya satu sekarang iaitu peletakan jawatan kerajaan,” kata pemilik perniagaan, Hasibul Sheikh kepada AFP.

Sumber: AFP

BACA: Terkenal Dalam “Crouching Tiger, Hidden Dragon”, Cheng Pei-pei Meninggal Dunia