Pengguna Windows Seluruh Dunia Alami “Blue Screen Of Death”, Kerja Tergendala
Hari ini, seluruh dunia digemparkan dengan gangguan IT yang mengakibatkan pengguna Windows terjejas.
Menurut NDTV, pihak Microsoft telah menghantar satu notis menyatakan masalah berlaku disebabkan pengemaskinian CrowdStrike ‘Falcon Sensor’.
Berikutan itu, beberapa syarikat dan perkhidmatan turut terjejas termasuk AirAsia dan Lapangan Terbang Changi di Singapura.


BACA: Gangguan IT: Sistem Tempahan & Daftar Masuk AirAsia Terjejas
Dalam pada itu, pengguna media sosial dari serata dunia turut berkongsi isu yang dialami dengan memuat naik gambar dan tangkap layar yang memaparkan mesej beserta skrin berwarna biru.
Ramai Pengguna Alami Blue Screen of Death
Disebut juga sebagai Blue Screen of Death (BSOD), ia menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses komputer atau laptop masing-masing. Mereka perlu menunggu peranti terbabit untuk restart, yang mengambil masa agak lama.


BACA: Kutipan Tol Di Lebuhraya WCE Seksyen 11 Bermula 24 Julai Ini
https://www.facebook.com/davidchau.tv/posts/pfbid02ZM5PVMPpAoarAXwx8KbMkYZnD6sSQNGiiJJVw9SHBp3C7UjKxjoBVXWvF9tAkpibl
https://www.facebook.com/rodmpardillo01/posts/pfbid0x8xSRfc4b1qv5HC5bWP66LpXEYAEp7uAnPEKVX15fCW1hVDmroCwXDBCpn7yCRSKl

Keadaan ini sekaligus merencatkan pekerjaan mereka terutama yang bergantung 100% kepada teknologi tersebut.
Dalam pada itu, Microsoft memaklumkan dalam salah satu pengemaskinian teknikal di laman sesawang rasmi, isu ini bermula jam 7.00 petang waktu tempatan. Ia telah menjejaskan pengguna platform Azure yang menjalankan perisian keselamatan siber CrowdStrike Falcon.
“Kami mengesyorkan pelanggan untuk membuat pemulihan dari sandaran (backup) sebelum ini,” ujar Microsoft.
Terdahulu, pihak Microsoft 365 telah menerima aduan dari para pengguna melalui platform X berkenaan peranti OneDrive yang tidak berfungsi awal pagi tadi.
BACA: Diskaun Saman PDRM Di Pelancaran Bulan Kebangsaan Di Cyberjaya

Berkenaan isu yang melanda satu dunia ini, CEO CrowdStrike, George Kurtz turut memaklumkan perkara ini di laman X miliknya.
“CrowdStrike sedang berusaha bersama pelanggan yang terkesan dengan kecacatan (defect) yang dijumpai dalam satu kandungan pengemaskinian hos Windows. Hos Mac dan Linux tidak terkesan.
“(Kejadian) ini tidak melibatkan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan (proses) pemulihan telah dijalankan,” katanya.
Sumber: NDTV, Microsoft 365 via X, AFP, George Kurtz via X