Siakap Keli
tol lebuhraya wce
Kredit: BERNAMA

Kutipan Tol Di Lebuhraya WCE Seksyen 11 Bermula 24 Julai Ini

Kutipan Tol Di Lebuhraya WCE Seksyen 11 Bermula 24 Julai Ini

Kutipan tol di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (West Coast Expressway, WCE) jajaran Seksyen 11 akan dilaksanakan bermula 24 Julai depan.

Dalam satu kenyataan, pihak WCE berkata pelaksanaan itu akan bermula jam 12.01 tengah malam pada tarikh berkenaan.

Jajaran yang merangkumi Taiping Selatan, Trong dan Beruas itu telah beroperasi secara percuma sebelum ini.

BACA: Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Kenali Laluan Baru Hubungkan Selangor-Perak

BACA: Tol Percuma WCE Tamat, Ini Kadar Harga Berkuatkuasa Tengah Malam Nanti

Kadar Tol Lebuhraya WCE dan Kaedah Pembayaran

“Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag ( Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja), dan RFID,” kata WCE.

Bagi mengetahui kadar tol mengikut kelas kenderaan, pengguna lebuhraya boleh merujuk gambar berikut.

Plaza Tol Taiping Selatan

Sumber: WCE

Plaza Tol Trong

Sumber: WCE

Pihak WCE turut menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Ia juga bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.

Jika berlaku sebarang masalah dengan pembayaran tol, pengguna boleh menghubungi pihak WCE menerusi talian 1700 81 6600 atau emel ke [email protected].

Pengguna juga boleh melayari laman web WCE atau memuat turun aplikasi WCE APP bagi mengetahui maklumat lanjut.

Terdahulu, jajaran sepanjang 35.5 kilometer ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexandar Nanta Linggi pada 12 Mac 2024.

Pembinaan Lebuhraya WCE ini merupakan laluan alternatif bagi Lebuhraya Utara Selatan dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Projek sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak itu juga berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan.

Ia menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.

BACA: Nak Lalu WCE Jajaran Perak? Ini Lebih 8 Lokasi Stesen Minyak Terdekat Anda Kena Tahu

BACA: Ini 12 Tip Jalan, Cara Nak Masuk Ke WCE Dari Selangor Kalau Nak Balik Ke Utara

Sumber: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.