Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kadar tol wce
Kredit: Lebuhraya WCE
Tiada Kategori

Tol Percuma WCE Tamat, Ini Kadar Harga Berkuatkuasa Tengah Malam Nanti

Nurhanis

Tol Percuma WCE Tamat, Ini Kadar Harga Berkuatkuasa Tengah Malam Nanti

Kutipan tol di laluan persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan berkuatkuasa pada tengah malam nanti.

Dalam satu kenyataan, ia berkata selepas beroperasi secara percuma selama 42 hari, kadar harga akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Mulai 3 Januari 2024, tepat jam 12:01 tengah malam, Lebuhraya WCE akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa, selepas beroperasi secara percuma selama 42 hari.

“Kadar tol untuk setiap kelas kenderaan adalah berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Kutipan tol Lebuhraya WCE adalah secara elektronik sepenuhnya dan kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go anda mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi kenderaan kelas pertama, kadar harga yang dikenakan pada plaza tol masuk dan keluar di Bandar Bukit Raja Selatan ialah RM5.05, manakala bagi kelas kedua RM10.11, diikuti dengan kelas ketiga RM15.16.

Kredit: West Coast Expressway/Facebook

Sementara itu, bagi kelas keempat pula kadar harga untuk keluar dan masuk dikenakan sebanyak RM2.53 dan kelas kelima pula RM3.79 di plaza tol Bandar Bukit Raja Selatan.

Bagaimanapun, di plaza tol keluar dan masuk Bukit Raja Utara untuk kenderaan kelas pertama dikenakan sebanyak RM4.12, kenderaan kelas kedua dikenakan RM8.24 dan bagi kelas ketiga RM12.36.

Kredit: West Coast Expressway/Facebook

Dalam pada itu, bagi kelas keempat pula ia dikenakan sebanyak RM2.06 dan bagi bas pula yang merupakan kelas kelima dikenakan RM3.09 di plaza tol keluar dan masuk di Bandar Bukit Raja Utara.

BACA: Lebuhraya WCE Seksyen 6 Dijangka Jimat Masa Perjalanan Dari 45 Minit Ke 15 Minit Dari Kapar Ke Assam Jawa (Ijok)

Sebelum ini, media melaporkan pengecualian tol diberikan bermula pada tengah makan 21 November hingga 11.59 malam 2 Jan 2024.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi lebuhraya WCE dapat menjimatkan 15 minit masa perjalanan dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok berbanding dengan laluan sedia ada.

Sumber: West Coast Expressway/Facebook