Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Nak Lalu WCE Jajaran Perak? Ini Lebih 8 Lokasi Stesen Minyak Terdekat Anda Kena Tahu
Setiap hari, jutaan kenderaan menggunakan pelbagai lebuh raya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang hendak dituju.
Apapun tujuannya, kewujudan infrastruktur ini ternyata memudahkan perjalanan mereka yang sering menggunakan laluan darat untuk ke mana-mana.
Bagi mereka yang berpindah ke negeri yang lain, tradisi balik kampung merupakan acara tahunan yang akan berlangsung setiap kali tibanya musim perayaan.
Jadi, pemanduan jarak jauh memakan masa berjam-jam lamanya, maka ia memerlukan fokus yang tinggi untuk mengelak dari kejadian yang tidak diingini.
Selain daripada kawasan Rehat dan Rawat (RnR), stesen minyak juga merupakan sebuah kemudahan yang sangat penting kepada pengguna jalan raya.
Lokasi stesen minyak di WCE Jajaran Perak
Lebuhraya Pantai Barat atau WCE sebelum ini telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan orang ramai.
WCE ini menjadi laluan alternatif Lebuhraya PLUS, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan mahu bergerak pulang ke utara.
Menerusi Facebook (West Coast Expressway), pengendali lebuhraya tersebut baru-baru ini telah menyenaraikan lokasi stesen minyak terdekat di sepanjang Lebuhraya WCE jajaran Perak.
Ia sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan perjalanan orang ramai termasuk di mana mahu berhenti mengisi minyak sepanjang melalui lebuhraya tersebut.
Exit Lekir: Petronas Batu 10
Exit Sitiawan: Shell & Caltex
Exit Sitiawan (U): Shell
Exit Changkat Cermin: Petronas, Petron & Shell
Exit Beruas: Five & Shell
Exit Trong: Shell & BHP
Exit Changkat Jering: Petron, Shell & Caltex (dekat Simpang)
Sepanjang Jalan Persekutuan JKR (FT005): Pelbagai stesen minyak boleh didapati sepanjang jajaran Lekir – Teluk Intan & Sabak Bernam – Tg. Karang
“Pastikan anda isi minyak terlebih dahulu di stesen-stesen minyak berhampiran sebelum memulakan perjalanan di Lebuhraya WCE. Selamat memandu dan terima kasih kerana sentiasa bersama kami.
“Untuk bantuan di lebuh raya, hubungi talian bebas tol kami di 1700 81 6600,” kata WCE lagi.
BACA: Menarik, Pakaian Rasmi Kontinjen Indonesia Untuk Olimpik 2024 Didedahkan
Semoga bermanfaat.