Siakap Keli
pakaian rasmi olimpik indonesia
Kredit: Detik Sport.com

Menarik, Pakaian Rasmi Kontinjen Indonesia Untuk Olimpik 2024 Didedahkan

Menarik, Pakaian Rasmi Kontinjen Indonesia Untuk Olimpik 2024 Diperlihatkan Secara Rasmi

Majlis Olimpik Indonesia (MOI) telah melancarkan pakaian rasmi Merah Putih yang akan dikenakan kontinjen negara itu ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pakaian rasmi berkenaan merupakan rekaan khas oleh pereka fesyen terkenal Indonesia, Didit Hediprasetyo dengan kerjasama jenama pakaian sukan dari China, Li-Ning.

Menurut portal Detik Sport.com, reka bentuk jersi berkenaan diinspirasikan daripada lagu kebangsaan Indonesia, Berkibarlah Benderaku.

Pelancaran pakaian rasmi kontinjen Indonesia telah berlangsung di Hotel The Darmawangsa, Jakarta pada 4 Julai lepas (waktu tempatan).

Indonesia dedah pakaian rasmi bakal disarung kontinjen atlet yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024

Majlis itu turut dihadiri oleh Chef de Mission, Anindya Bakrie dan Ketua Umum Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI), Raja Sapta Oktohari.

Selain itu, Didit Hediprasetyo dan atlet renang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan turut menghadiri majlis pelancaran berkenaan.

Didit kemudian sempat berkongsi bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan baju berkenaan.

“Ketika itu saya sedang mencari inspirasi untuk pakaian ini, saya terdengar lagu Berkibarlah Benderaku dan terus mendapat inspirasi. Merah melambangkan perwira gagah, manakala putih melambangkan kesucian,” katanya.

Pakaian rasmi Kontijen Indonesia memiliki beberapa model jersi yang menarik

Menurut portal Detik Sport.com, pakaian rasmi Kontijen Indonesia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 nanti akan terdiri daripada beberapa model jersi.

Dua daripadanya dibezakan dengan bentuk leher jersi, manakala bagi warna jersi pula diberi sentuhan warna merah dan putih seperti bendara Merah Putih sedang berkibar.

Bagi rekaan imej pula, lambang helang terletak kemas di bahagian dada sebelah kiri pada jersi dan di sebelah kanan pula terdapat logo penaja iaitu Li-Ning.

Rekaan itu turut tidak mengubah warna asal bendera Indonesia iaitu merah dan putih yang menjadi indentiti negara tersebut.

BACA: Hati-hati Pinjamkan Telefon Dekat Orang Tak Kenal, Takut Dicucuk Kabel O.MG

BACA: Kontinjen Malaysia Bakal Bergaya Dengan Rekaan Rizman Ruzaini Di Olimpik Paris

BACA: Gelagat Ibu Gajah Curi Tumpuan, Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang Diselamatkan PERHILITAN

Sumber: Detik Sport.com

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.