Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
telefon kabel o.mg
Kredit: @jom.digital.by.ydm via TikTok

Hati-hati Pinjamkan Telefon Dekat Orang Tak Kenal, Takut Dicucuk Kabel O.MG

Athirah

Hati-hati Pinjamkan Telefon Dekat Orang Tak Kenal, Takut Dicucuk Kabel O.MG

Di zaman moden ini, semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. Selain itu, ramai orang menggunakan telefon pintar sebagai sumber hiburan, maklumat, berkomunikasi dan navigasi utama.

Apabila setiap masa menggunakan telefon pintar, sudah semestinya bateri akan cepat habis. Hal ini akan menimbulkan masalah jika anda berada di luar rumah dan tiada powerbank bersama anda.

Jika berada di luar seperti di tempat awam, port pengecas sememangnya membantu untuk mengecas semula peranti peribadi.

Mungkin anda rasa tidak ada salahnya sekiranya menggunakan perkhidmatan stesen mengecas percuma yang ditawarkan di sesetengah kawasan atau menggunakan kabel yang telah disediakan.

Anda mungkin menjadi salah seorang daripada mangsa serangan siber

Bagaimanapun, anda mungkin ingin memikirkan semula perkara tersebut kerana tidak semua stesen pengecasan percuma percuma di tempat awam selamat digunakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Yayasan Digital Malaysia di akaun TikTok @jom.digital.by.ydm, pakar keselamatan menjelaskan risiko-risiko yang menanti pengguna.

Katanya, seperti perkhidmatan Wi-Fi awam, stesen pengecasan percuma di tempat awam seperti di lapangan terbang juga ada bahanya yang tersendiri.

Dalam sesetengah kes, telefon anda mungkin boleh digodam sekirnya stesen pengecasan berkenaan ditanam dengan benda ‘lain’.

Terdapat pelbagai kaedah bagaimana penjenayah menggodam telefon bimbit menggunakan stesen pengecasan percuma, salah satunya dengan menanam payload atau disebut sebagai Remote Access Programs and Tools (RAT).

Jangan pinjamkan telefon pintar anda kepada individu yang tidak dikenali, takut dicucuk kabel O.MG

Selain itu, telefon bimbit juga boleh digodam menggunakan kabel O.MG. Kabel berkenaan sekali imbas kelihatan serupa seperti kabel pengecasan biasa yang disebut sebagai kabel OTG.

Bagaimanapun, kabel O.MG sebenarnya mengandungi network access point yang kecil untuk menanam payload ke telefon bimbit mangsa.

Ia dinamakan sebagai kabel O.MG mungkin kerana untuk menggambarkan ucapan pertama yang akan dilontarkan oleh mangsa iaitu ”Oh, Tuhanku” atau ”Oh My God” sebaik menyedari telefon bimbit digodam.

@jom.digital.by.ydm berkata, modus operandi ini biasa digunakan oleh penjenayah-penjenayah dengan cara berpura-pura untuk meminjam telefon bimbit daripada orang awam.

Mereka biasanya memberi alasan telefon bimbit peribadi sudah kehabisan bateri dan mahu meminjam telefon bimbit mangsa untuk menghubungi kenalan rapat bagi meminta bantuan.

Penjenayah kemudian mungkin berpura-pura dan beralih dari pandangan mangsa supaya ada privasi untuk berkomunikasi dengan orang yang dihubungi.

Apabila berada diluar pandangan mangsanya, ketika itulah mereka mencucuk kabel O.MG tersebut pada telefon bimbit yang dipinjam.

Sebaik sahaja kabel berkenaan dicucuk, penjenayah hanya memerlukan masa antara lima hingga lapan saat untuk mengambil alih kawalan ke atas peranti berkenaan.

Selain itu, mereka juga mungkin menggunakan USB bersaiz kecil yang juga ditanam dengan payload.

Selepas dicucuk, payload akan ditanam dan kemudian menghantar maklumat seperti kata laluan ketika mangsa menggunakan telefon bimbit kepada server milik penjenayah.

Apabila penjenayah mendapat kata laluan berkenaan, mereka boleh mengawal dan mengakses telefon bimbit tersebut tanpa disedari oleh mangsa sendiri.

Video berkenaan memberi manfaat kepada orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berterima kasih di atas maklumat yang dikongsikan oleh pakar keselamatan itu.

Justeru, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan stesen pengecasan percuma. Jika tidak yakin, pertimbangkanlah untuk mengecas powerbank sahaja dan bukan peranti pintar anda.

BACA: Noh Omar Sah Sertai Bersatu

Sumber: @jom.digital.by.ydm via TikTok