Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cheng pei-pei meninggal dunia
Gambar: JUSTIN TALLIS/AFP

Terkenal Dalam “Crouching Tiger, Hidden Dragon”, Cheng Pei-pei Meninggal Dunia

Azizah Najib

Terkenal Dalam “Crouching Tiger, Hidden Dragon”, Cheng Pei-pei Meninggal Dunia

Pelakon dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, Cheng Pei-pei dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Menerusi laporan CNA, mendiang meninggal dunia di San Francisco Bay Area pada 18 Julai. Mendiang dilaporkan telah lama menghidapi masalah neurodegenerative iaitu sindrom parkinson atipikal.

Dilahirkan di Shanghai, China pada 1946, mendiang berpindah ke Hong Kong dan mula menjalani kerjaya lakonannya bersama Shaw Brothers Studio. Dengan menggunakan kemahiran dalam tarian dan ballet, mendiang mula berkecimpung dalam pembikinan filem aksi dan pertahanan diri.

Biarpun filem debut mendiang merupakan Lovers’ Rock, namun dunia mula mengenali bakatnya menerusi filem Come Drink With Me. Ketika berlakon filem aksi ini, mendiang baru berusia 19 tahun.

BACA: Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Setelah beberapa tahun di sana, mendiang berpindah sekali lagi sekitar 1970-an. Dengan menjadikan California sebagai tempat bermastautin, mendiang mendaftar sebagai salah seorang pelajar dalam bidang perniagaan di University of California dan membesarkan empat orang anaknya.

Cheng Pei-pei meninggal dunia, legasi diteruskan anak-anak

Menurut Variety, keempat-empat orang anaknya turut mengikut jejak langkah dalam bidang hiburan.

Anaknya, Harry Yuan merupakan pengacara National Geographic. Manakala, Eugenia Yuan pernah menjadi atlet gimnastik AS dalam Olimpik selain berlakon dalam filem Hong Kong “3 Extremes II” dan “The Eye 2”, siri TV Australia “Secret City” dan pembikin filem AS “Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny” dan penghasilan semula siri TV “Hawaii Five-O”.

Kerjaya lakonan mendiang kembali di puncak apabila menerima tawaran berlakon sebagai watak Jade Fox dalam filem “Crouching Tiger, Hidden Dragon”. Memenangi empat anugerah Oscar, filem pecah panggung ini menjadi filem bahasa asing yang pertama berjaya mengutip lebih dari USD 100 milion.

BACA: Pelakon The Hunger Games, Donald Sutherland Meninggal Dunia

Sumber: CNA Lifestyle, Toronto International Film Festival, Variety

BACA: Imbau Nostalgia, Pelakon Power Rangers “Original” Buat “Reunion”, Bakal Ditayangkan Di Netflix