Siakap Keli
wanita racun lima orang
Kredit: LILIAN SUWANRUMPHA / AFP

Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

BANGKOK, 17 Julai (Bernama-dpa) — Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat tiga lelaki dan tiga wanita ditemukan pada petang Selasa oleh kakitangan di sebuah suite di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok. Pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang tanda-tanda kekerasan dan rompakan.

Polis berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa mereka percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik tragedi itu.

Enam maut di bilik hotel dipercayai sebab wanita racun lima orang dengan sianida sebelum bunuh diri

“Kami mengesahkan bahawa seorang daripada enam yang maut menyebabkan kejadian ini dengan menggunakan sianida.

“Kami yakin seorang daripada mereka melakukan jenayah ini,” kata Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.

Keluarga mangsa mengesahkan bahawa terdapat pertikaian mengenai wang.

Polis menemui sisa racun dalam cawan yang ditemui di tempat kejadian dan anggota penyiasat juga mendapati pintu bilik dikunci dari dalam.

Kes ini menarik perhatian ramai di tengah-tengah kebimbangan bahawa imej buruk boleh merosakkan sektor pelancongan penting Thailand, yang baharu sahaja pulih selepas pandemik COVID-19.

BACA: Enam Ditemukan Maut Di Bilik Hotel Disyaki Akibat Keracunan, PM Thailand Arah Siasatan

BACA: “Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

BACA: Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Sumber: BERNAMA-dpa

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.