Siakap Keli
pemandu e-hailing hilang
Sumber: Sinar Harian

Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Seorang pemandu e-hailing dari Serkam, Jasin, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas memberitahu akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Sumber: Sinar Harian

Saiful Azwan Dahlan, 38, menyatakan bahawa adiknya, Syahrul Ashraf, 33, tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga termasuk isterinya sejak hari itu.

“Kali terakhir saya mengubungi adik melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu dan dia hanya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Saiful, adiknya yang tinggal di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur tidak mengadu menghadapi sebarang masalah sebelum dilaporkan hilang.

“Dia tidak pernah hilang seperti ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya,” katanya lagi.

Tambah Saiful, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu mengenai kehilangan adiknya itu.

Dia turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf dapat tampil menghubungi keluarganya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf diharap dapat membantu menghubungi saya di talian 017-6328457,” ujarnya.

BACA: Dilaporkan Hilang Sejak 6 Hari Lalu, Polis Kesan Muhammad Adi

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.