Terkini

Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
jenazah rais korea selatan
Sumber: Sinar Harian

“Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

Hannah

“Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

Ahli keluarga seorang lelaki dari Kota Belud, Sabah, yang dilaporkan meninggal dunia di Bandar Gumi, Wilayah Gyeongsang, Korea Selatan, sedang giat mengumpul dana bagi membawa pulang jenazah ke tanah air.

Lelaki berusia 23 tahun itu, Mohd Rais Sarkhanuddin Zainordin, baru sahaja tiba di Korea Selatan sebelum ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada Ahad lalu, lapor Sinar Harian.

Bapa saudaranya, Zaidi Mejin, 38, kini bertanggungjawab untuk menguruskan proses membawa pulang jenazah ke Sabah.

Menurut Zaidi, kos keseluruhan untuk urusan ini amat tinggi, dianggarkan mencecah lebih RM75,000. Jumlah ini termasuk bil hospital serta kos penghantaran jenazah ke Malaysia.

“Pembiayaan untuk urusan ini memerlukan jumlah yang besar dan dianggarkan mencecah lebih RM75,000 termasuk bil hospital dan kos untuk menghantar jenazah.

“Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul termasuk daripada ahli keluarga dan sejak ditularkan semalam adalah sebanyak RM30,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Zaidi turut memaklumkan bahawa jenazah masih berada di Hospital Gumi dan punca kematian masih belum diketahui.

“Saya baru saja balik dari balai polis untuk mengambil pasportnya tetapi jenazah masih lagi berada di hospital.

“Setakat ini belum diketahui punca kematian cuma ibunya ada memaklumkan bahawa ananya tidak sakit sebelum ini,” katanya.

Hanya dengar khabar ‘rakyat Sabah dari Kota Belud’ meninggal dunia di Korea Selatan, rupa-rupanya anak saudara sendiri

Sementara itu, Zaidi juga menjelaskan bahawa kematian anak saudaranya itu hanya diketahui selepas terdengar berita mengenai seorang rakyat Sabah dari Kota Belud yang meninggal dunia di kawasan tersebut.

“Saya difahamkan, arwah datang ke sini sejak sebulan lalu untuk melancong dan tinggal bersama rakan-rakannya.

“Pada pagi kejadian, saya menerima info ada kejadian meninggal dunia di kawasan tersebut dan apabila ditanya, arwah berasal dari Kota Belud.

“Jadi saya minta gambar arwah sebelum dikirimkan kepada ahli keluarga di Sabah dan mereka maklumkan arwah ada kaitan kekeluargaan dengan kami,” katanya.

Zaidi, yang bekerja sambil belajar di Korea Selatan selama lebih setahun, kini mengambil tanggungjawab penuh untuk menguruskan jenazah sehingga selesai.

Sebelum itu, satu hantaran tular sejak Selasa memaklumkan bahawa ahli keluarga memerlukan sumbangan dana untuk membawa pulang jenazah yang masih berada di Korea Selatan.

BACA: Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

Sumber: Sinar Harian