Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
polis jumpa telefon pintar
Kredit: Sinar Harian

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

Azizah Najib

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

HULU SELANGOR, 17 Julai (Bernama) — Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pihak polis menemukan telefon pintar itu pada 12.21 tengah hari selepas menjalankan operasi kira-kira sejam.

Terdahulu, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.50 pagi untuk memulakan proses mengenal pasti beberapa bahan bukti.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu oleh Bomba Sukarelawan Felda Gedangsa dilihat mengepam sedikit air parit terbabit sebelum Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM memulakan pencarian dalam air.

Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut kembali dibawa ke lokasi kejadian hari ini bagi menunjukkan kawasan di sekitar parit itu selama kira-kira lima minit.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Hilang Sejak 10 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini

BACA: Dipercayai Dibunuh, Mayat Nur Farah Kartini Ditemui Di Kuala Kubu Baharu

BACA: Penjawat Awam Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah – Siakap Keli

Sumber: BERNAMA