Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Amaran tersebut melibatkan negeri Terengganu iaitu di daerah Hulu Terengganu dan Kemaman.

Di Selangor, ia membabitkan Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Gombak.

Begitu juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hujan lebat turut diramal berlaku di Segamat dan Kota Tinggi di Johor.

Beralih ke Sarawak, cuaca buruk dijangka di daerah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri, Limbang, Mukah (Mukah).

Manakala di Sabah pula membabitkan Tawau (Lahad Datu), Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan.

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan.
  • Kawasan terlibat termasuk daerah di Terengganu, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran ribut petir jangka pendek sah tidak melebihi enam jam setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan