Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pakaian atlet paralimpik
Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai

Azizah Najib

Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai

Sebagai persediaan ke Sukan Paralimpik di Paris yang bakal berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September nanti, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah memperkenalkan pakaian rasmi para atlet semalam.

Pakaian rasmi tersebut diperkenalkan bersempena pelancaran 50 Days Countdown Paris 2024 Paralympic Games oleh Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

baju rasmi atlet paralimpik 2
Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

Apa yang lagi menarik, Megat turut mengumumkan pemberian sebuah kerusi urut dan beberapa barangan lain berserta ganjaran hadiah wang tunai kepada pemenang pingat di Paris nanti, lapor BERNAMA.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman rasmi X MPM, atlet-atlet kelihatan segak bergaya mengenakan pakaian leisure serba putih, dihiasi celoreng merah, biru dan kuning.

BACA: Sherry Ibrahim Tawan Puncak Gunung Kinabalu Di Usia 41 Tahun

MPM dilihat turut memuat naik video pakaian penuh yang mendapat pelbagai pujian dari warga maya.

“Penantian telah tamat! Baru dilancarkan, kami teruja untuk mempamerkan Pakaian Rasmi ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Bersedia untuk tampil menonjol dan tunjukkan sokongan anda dengan bergaya,” kata MPM.

Baju Rasmi Atlet Paralimpik bertaraf antarabangsa

Warga maya membanjiri ciapan video pakaian rasmi tersebut dengan pujian dan sokongan padu buat para atlet.

baju rasmi atlet paralimpik 3
Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

“Baru la international punya level. Cantik gila,” puji warga maya.

“Design padu,” ujar salah seorang warga maya.

“Wah barulah sedap mata memadang,” puji seorang lagi.

“Menggunakan warna Jalur Gemilang, this design nampak lebih vibrant dan segar,” ulas seorang lagi warga maya.

“Cantiknya baju atlet paralimpik kita, semoga mereka dapat bawa pulang emas untuk Malaysia. Semoga berjaya,” ujar seorang warga maya yang turut teruja.

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Bukan setakat memuji, malah ramai juga warga maya yang berminat untuk membeli set pakaian tersebut.

Warga maya kelihatan tidak henti-henti memuji keputusan yang dibuat oleh pengurusan atlet paralimpik dengan penghasilan rekaan pakaian rasmi ini. Sokongan buat atlet paralimpik turut bertalu-talu dilontarkan menerusi ciapan video tersebut.

Terus bersemangat buat atlet kita. Semoga berjaya.

Sumber: X Majlis Paralimpik Malaysia, BERNAMA

BACA: Minimalis Tetapi Bergaya, Baju Sukarelawan Olimpik Paris Dapat Pujian Ramai