Belal Muhammad, Anak Palestin Pertama Raih Kejuaraan Dunia Di UFC
Belal Muhammad berjaya menewaskan bekas juara welterweight, Leon Edwards, dalam acara Ultimate Fighting Championship (UFC) 304 pada Ahad.
Acara utama yang diadakan di Manchester, England, menyaksikan Belal menewaskan Edwards dengan keputusan sebulat suara selepas lima pusingan, sekali gus menjadikannya petarung MMA pertama berketurunan Palestin yang memenangi kejuaraan dunia di UFC.
Pertarungan di Co-op Live Arena ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua atlet tersebut.
Pada tahun 2021, pertarungan antara Edwards dan Belal dianggap tidak sah kerana insiden tercucuk mata secara tidak sengaja oleh Edwards yang menyebabkan Belal tidak dapat meneruskan pertarungan.
Dengan kemenangan ini, rekod profesional Belal kini meningkat kepada 24 kemenangan dan tiga kekalahan (24-3), manakala rekod Edwards pula menjadi 22-4.
Belal, yang berusia 36 tahun, dilahirkan dan dibesarkan di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat (AS) oleh ibu bapanya yang berketurunan Palestin.
Dia menjalani latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih Roberto Ramirez dan Nicasio Sanchez, serta mendapat nasihat daripada legenda MMA dan bintang UFC, Khabib Nurmagomedov.
BACA: Kenali Islam Makhachev, Murid Kesayangan Bapa Khabib
BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni
BACA: Ayah Khabib Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Komplikasi COVID-19
Sumber: Astro Awani