Siakap Keli
muslim pro

Muslim Pro Tawar Pembelajaran Al-Quran Menarik Dengan Ciri Penstriman Langsung Terkini

Muslim Pro Tawar Pembelajaran Al-Quran Menarik Dengan Ciri Penstriman Langsung Terkini

Kuala Lumpur, Malaysia, 30 Julai 2024: Muslim Pro melancarkan kelas interaktif langsung terbaharunya bagi mendukung kedatangan bulan Muharram yang telah memberi inspirasi dalam perkembangan refleksi dan pertumbuhan aspek kerohanian.

Perkembangan terkini itu bermatlamat untuk mendalami hubungan insan dengan Al-Quran, selain memudahkan  akses kepada penguasaan Bahasa Arab yang lebih menarik berbanding sebelum ini.

Sebagai sumber bimbingan, ketenangan dan inspirasi, Al-Quran memainkan peranan besar dalam kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Al-Quran memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Kalam suci ini turut berfungsi sebagai sumber bimbingan, memberi ketenangan dan inspirasi. Bagi menyokong perjalanan rohani ini, Muslim Pro membawakan ulama dan pakar terus ke hujung jari anda, sekali gus menawarkan pengalaman pembelajaran yang dinamik serta interaktif.

Bagi memulakan lembaran baharu yang menarik ini, Muslim Pro juga akan menawarkan pelbagai penstriman langsung, termasuk:

1. Kelas Bahasa Arab al-Quran

 

muslim pro

Tingkatkan kemahiran berbahasa Arab dan mendalami pemahaman anda tentang Al-Quran bersama Ustazah Nada dari Akademi Ulum Al-Azhar yang terkemuka.

Kursus perbualan selama 12 minggu ini merangkumi aspek perbendaharaan kata, tatabahasa, dan sebutan penting bagi memperkasakan anda dalam mendalami al-Quran dan teks Islam dengan lebih yakin.

Sertai kelas terbabit setiap Isnin, 10:00 PAGI – 10:30 PAGI (Waktu Malaysia), mulai 5 Ogos 2024.

2. Tafsir al-Quran

muslim pro

Dapatkan pemahaman lebih mendalam tentang kebijaksanaan al-Quran bersama Sheikh Al-Naqwi. Sesi tafsir mingguan ini akan meneroka pelbagai surah al-Quran, menghubungkan anda dengan mesej mendalam dalam mendepani peluang dan cabaran kontemporari. Terokai cara menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan harian anda.

Sertai sesi ini setiap Khamis, 5:30 PETANG – 5:50 PETANG (Waktu Malaysia), mulai 1 Ogos 2024.

3. Bacaan Surah Kahfi

Selami keindahan dan ketenangan Al-Quran, tidak kira di mana anda berada, melalui bacaan Surah Kahfi secara langsung, dibawakan khas dari Masjid Al-Khair, Singapura.

Sertai sesi bacaan ini setiap Jumaat, 11:00 PAGI – 11:30 PAGI (Waktu Malaysia), mulai 2 Ogos 2024.

4. Let Go & Let God

muslim pro

Siri yang dikendalikan oleh Dr Marwa Assar ini akan memfokuskan kepada perspektif Islam yang menekankan penyerahan diri kepada kehendak Allah dan meringankan beban mental melalui tawakal dan iman. Ia menggalakkan melepaskan kebimbangan dengan menerima kebijaksanaan dan keputusan ilahi.

Sertai sesi ini setiap Khamis, 9:30AM – 10:00AM (MYT), mulai 1 Ogos 2024.

Tawaran terkini ini hanya sekadar permulaan di mana pengguna boleh menjangkakan penambahan baharu dan menarik menerusi jadual penstriman langsung dalam masa terdekat meliputi pelbagai topik berkaitan Islam yang lebih meluas serta pelbagai.

Untuk akses mudah penstriman langsung ini dan terus menerima kemas kini terbaharu tentang tawaran terkini, muat turun atau kemas kini aplikasi Muslim Pro dan ketik pada butang Live‘. 

Pengguna juga boleh melayari dan melihat katalog kandungan bebas iklan Qalbox menerusi aplikasi Muslim Pro (tersedia di Apple App Store and Google Play Store), aplikasi web, peranti tablet, Chromecast dan kini di Samsung Tizen TV, Android, dan tvOS Apple TV.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.