Siakap Keli

KPWKM Perkasa Skuad Waja Dalam Kalangan Ketua Komuniti, Cegah Keganasan Terhadap Wanita

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melibatkan ketua-ketua komuniti sebagai sukarelawan bagi merealisasikan insiatif memperkasa Skuad Waja melalui Program Semarak Skuad Waja.

Program Semarak Skuad Waja 2024 ini adalah bagi meningkatkan kesedaran awam tentang keganasan terhadap wanita selain memberi pendedahan kepada mereka mengenai modus operandi jenayah dan tindakan yang boleh diambil dari segi perundangan terhadap pelaku.

Bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat, program ini telah dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad. Acara ini telah menyasarkan penglibatan ketua-ketua komuniti negeri Johor yang akan diberikan pendedahan berkaitan pelaksanaan dan peranan ahli Skuad Waja.

Ujar beliau, penubuhan sukarelawan Skuad Waja bertujuan untuk memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti.

Sejak penubuhan Skuad Waja pada tahun 2021 sehingga bulan April 2024, jumlah ahli Skuad Waja adalah seramai 332,840 orang iaitu 257,638 orang wanita (77.4%) dan 75,202 orang lelaki (22.6%). Bagi negeri Johor sahaja, terdapat seramai 24,232 orang ahli Skuad Waja yang melibatkan seramai 22,130 wanita dan 2,102 lelaki.

Antara program yang sinonim dengan Skuad Waja ialah program psikososial Skuad Waja bagi menyantuni masyarakat dan komuniti. Sehingga kini, seramai 72,942 individu telah disantuni di seluruh negara dan bagi negeri Johor, seramai 12,061 invididu yang telah disantuni melalui program psikososial Skuad Waja.

Terdahulu, peserta program telah didedahkan dengan ceramah berkenan Skuad Waja oleh Encik Kee Jia Hong (Penolong Pengarah JPW), Wanita Anti Jenayah oleh ASP Maimunah binti Sujak (PDRM), serta Wanita dan Proses Perundangan yang disampaikan oleh Puan Siti Aishah binti Mohd Rais (peguambela dan peguamcara).

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, wakil-wakil pemimpin masyarakat serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.